Perpustakaan Negara Austria
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perpustakaan Negara Austria (Jerman: 'Österreichische Nationalbibliothek'code: de is deprecated , singkatan ÖNB) merupakan perpustakaan terbesar di Austria, dengan jumlah bahan sebanyak 7.4 juta dalam koleksi mereka. Perpustakaan ini terletak di Hofburg Palace, Vienna. Sejak tahun 2005, beberapa koleksi telah dipindahkan di dalam struktur barok di Palais Mollard-Clary. Ditubuhkan oleh Kerabat Habsburg, perpustakaan ini pada asalnya dikenali sebagai Hof-Bibliothek ("Perpustakaan Imperial"), dan telah ditukar nama ke nama kini pada tahun 1920.[1] Kompleks perpustakaan termasuklah empat buah muzium, serta pelbagai koleksi khas dan arkib.