Pewarna makanan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pewarna makanan ialah sebarang bahan yang menambahkan suatu warna pada makanan atau minuman. Di samping itu, pewarna makanan juga digunakan dalam bidang lain seperti kosmetik, farmaseutikal dan alatan perubatan.[1] Pewarna ini muncul dalam pelbagai jenis, termasuk cecair, serbuk, gel dan pes. Pewarna makanan digunakan dalam kedua-dua bidang industri serta masakan lazim.
Kadangkala, pewarna makanan ditambah bukan untuk mencantikkan makanan sahaja, tetapi untuk merangsang rasa dalam kalangan pemakan kerana manusia boleh mengaitkan warna dengan suatu rasa.[2] Selain itu, pewarna makanan juga ditambah untuk menjadikan makanan dilihat lebih alami. Sebab-sebab lain penggunaan pewarna termasuk mengelakkan kelunturan warna serta menjadikan makanan lebih mudah dikenal pasti.[3][4]