Piala Negara-Negara Afrika 2013
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Negara-Negara Afrika 2013, juga dikenali sebagai Piala Negara-Negara Afrika Orange bagi tujuan penajaan, diadakan 19 Januari hingga 10 Februari 2013, ialah Piala Negara-Negara Afrika ke-29, kejohanan bola sepak Afrika yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).[1] Bermula edisi ini, kejohanan ini ditukar kepada tahun-tahun ganjil daripada genap supaya tidak bertembung dengan Piala Dunia FIFA.[2]
| |
---|---|
Fail:2013 Africa Cup of Nations.png | |
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Afrika Selatan |
Tarikh | 19 Januari – 10 Februari |
Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 5 (di 5 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Nigeria (Kejuaraan Ke-3) |
Naib Juara | Burkina Faso |
Tempat Ketiga | Mali |
Tempat Keempat | Ghana |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 32 |
Jaringan gol | 69 (2.16 per perlawanan) |
Kehadiran | 729,000 (22,781 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Emmanuel Emenike Wakaso Mubarak (4 gol) |
Pemain terbaik | Jonathan Pitroipa |
← 2012 2015 → |
Afrika Selatan menjadi tuan rumah buat kali kedua, selepas sebelum ini menganjurkan edisi 1996. Kejohanan 2013 ini dihadiri paling ramai penonton sejak format 16 pasukan diperkenalkan. Pasukan Afrika Selatan disingkirkan pada peringkat suku akhir oleh Burkina Faso, melalui tendangan penalti.
Nigeria memenangi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika ketiga mereka selepas newaskan Burkina Faso 1–0 dalam perlawanan akhir.[3] Nigeria akan bertanding dalam Piala Konfederasi FIFA 2013 di Brazil sebagai wakil CAF.[4]