Roberto Firmino
pemain bola sepak / From Wikipedia, the free encyclopedia
Roberto Firmino Barbosa de Oliveira (lahir 2 Oktober 1991) lebih dikenali sebagai Roberto Firmino atau Firmino merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain untuk kelab Arab Saudi, Al-Ahli dan pasukan kebangsaan Brazil sebagai pemain penyerang atau pemain tengah menyerang. Beliau akan berpindah ke malaysia musim 2023 untuk mewakili pasukan gergasi malaysia iaitu Kedah FA
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Roberto Firmino Barbosa de Oliveira[1] | ||
Tarikh lahir | (1991-10-02) 2 Oktober 1991 (umur 32)[2] | ||
Tempat lahir | Maceió, Brazil[3] | ||
Ketinggian | 1.81 m (5 ka 11 in)[4] | ||
Posisi permainan | Penyerang, Pemain tengah menyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Al-Ahli | ||
Nombor | 10 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2008 | CRB | ||
2008–2009 | Figueirense | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2009–2011 | Figueirense | 38 | (8) |
2011–2015 | 1899 Hoffenheim | 140 | (38) |
2015–2023 | Liverpool | 256 | (82) |
2023– | Al-Ahli | 6 | (3) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2014– | Brazil | 55 | (17) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:35, 22 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:11, 10 Julai 2021 (UTC) |
Setelah memulakan kariernya bersama kelab Figueirense pada tahun 2009, beliau kemudiannya menghabiskan empat setengah musim di Hoffenheim. Firmino juga dinobatkan sebagai Pemain Kejayaan Liga dengan menghasilkan 16 gol dalam 33 perlawanan untuk kempen Bundesliga musim 2013-14. Pada bulan Julai 2015, beliau menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool. Kreativiti, pencetakan gol, dan tingkat kerjanya mendapat pujian di Liverpool, dengan pengurus Liverpool Jürgen Klopp menyebut Firmino sebagai "mesin" yang mendorong sistem serangan balas buat pasukan Liverpool. Pada musim 2018-2019, beliau telah membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara UEFA, dan Piala Kelab Dunia FIFA 2019.
Firmino membuat penampilan antarabangsa sulung untuk Brazil pada bulan November 2014 dan mewakili Brazil di dalam kejohanan Copa América 2015.