Ronaldo
footballer / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ronaldo Luís Nazário de Lima (lahir pada 18 September 1976) atau dikenali sebagai Ronaldo merupakan seorang bekas pemain dan lagenda bola sepak Brazil yang bermain di posisi penyerang. Beliau juga adalah seorang pemilik dan presiden untuk kelab La Liga, Real Valladolid dan Trw Fc. Beliau secara meluas dianggap sebagai salah satu pemain terhebat sepanjang masa dan telah menjadi pengaruh bagi generasi penyerang yang mengikuti. Ronaldo juga dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali, dan memenangi dua anugerah Ballon d'Or.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Ronaldo Luís Nazário de Lima | ||
Tarikh lahir | (1976-09-18) 18 September 1976 (umur 47) | ||
Tempat lahir | Rio de Janeiro, Brazil | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | [Penyerang (bola sepak) | ||
Kerjaya remaja | |||
1990–1993 | São Cristóvão[1] | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1993–1994 | Cruzeiro | 14 | (12) |
1994–1996 | SLG | 46 | (42) |
1996–1997 | Barcelona | 37 | (34) |
1997–2002 | Inter Milan | 99 | (59) |
2002–2007 | Real Madrid | 177 | (104) |
2007–2008 | Milan | 20 | (9) |
2009–2011 | Corinthians | 31 | (18) |
Jumlah | 343 | (247) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1993 | Brazil B17 | 7 | (5) |
1996 | Brazil B23 | 8 | (6) |
1994–2011 | Brazil | 98 | (62) |
Pengalaman | |||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Ronaldo memulakan kariernya di Cruzeiro dan berpindah ke PSV pada tahun 1994. Beliau menyertai Barcelona pada tahun 1996 dengan bayaran pindahan rekod dunia pada ketika itu. Pada usia 20 tahun, beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 1996 dan sekaligus menjadikannya penerima termuda penghargaan. Pada tahun 1997, Inter Milan memecahkan yuran rekod dunia untuk menandatangani Ronaldo dengan menjadikannya pemain kedua termahal, setelah Diego Maradona memecahkan rekod perpindahan dunia sebanyak dua kali. Pada usia 21 tahun, beliau menerima anugerah Ballon d'Or 1997 dan tetap menjadi penerima termuda bagi anugerah tersebut. Pada usia 23 tahun, Ronaldo telah menjaringkan lebih dari 200 jaringan gol untuk kelab dan negara. Namun, setelah beberapa kali mengalami kecederaan lutut dan pemulihan, beliau tidak aktif selama hampir tiga tahun. Ronaldo menyertai Real Madrid pada tahun 2002 dan memenangi gelaran kempen La Liga musim 2002–03. Ronaldo juga pernah bermain di A.C. Milan dan Corinthians sebelum bersara pada tahun 2011 kerana mengalami kecederaan lebih lanjut.
Ronaldo bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil sebanyak 98 perlawanan dan secara keseluruhan menjaringkan 62 gol. Beliau merupakan pencetak gol kedua tertinggi untuk pasukan kebangsaan Brazil dengan Pelé berada di kedudukan pertama sebagai penjaring terbanyak. Pada usia 17 tahun, beliau adalah anggota termuda skuad Brazil yang memenangi kejohanan Piala Dunia FIFA 1994. Pada Piala Dunia FIFA 1998, Ronaldo menerima anugerah Bola Emas sebagai pemain kejohanan tersebut dengan membantu Brazil mara ke perlawanan akhir, di mana beliau mengalami kejang beberapa jam sebelum memulakan perlawanan. Ronaldo telah memenangi Piala Dunia FIFA 2002 dengan membintangi tiga barisan depan bersama Ronaldinho dan Rivaldo. Ronaldo menjaringkan dua gol di perlawanan akhir dan sekaligus menerima anugerah Kasut Emas sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan. Pada Piala Dunia FIFA 2006, Ronaldo menjaringkan gol ke-15 dalam kejohanan Piala Dunia FIFA sebagai rekod kejohanan pada ketika itu. Beliau juga menjulang piala Copa América 1997, di mana beliau menjadi pemain terbaik kejohanan, serta menjuarai piala Copa América 1999 sebagai pencetak gol terbanyak.
Ronaldo merupakan salah satu ahli sukan yang paling laris di dunia semasa kariernya bermain dengan merasmikan kasut Nike Mercurial pertamanya - R9 - pada tahun 1998. Beliau dinamakan dalam senarai FIFA 100 sebagai pemain hidup terhebat yang disusun pada tahun 2004 oleh Pelé. Beliau dimasukkan ke dalam Dewan Terkenal Muzium Bola Sepak Brazil, Dewan Terkenal Bola Sepak Itali, Dewan Terkenal Inter Milan dan Dewan Terkenal Real Madrid. Selepas bersara, Ronaldo telah meneruskan kerjanya sebagai Duta Muhibah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu jawatan yang dilantiknya pada tahun 2000. Beliau juga berkhidmat sebagai duta untuk Piala Dunia FIFA 2014. Kini, Ronaldo menjadi pemilik majoriti Real Valladolid pada September 2018 setelah membeli 51% saham kelab tersebut.
Pada 14 Februari 2011, Ronaldo mengumumkan persaraan dari arena bola sepak dengan aksi terakhirnya bersama skuad kebangsaan Brazil menentang Malaysia pada aksi persahabatan di stadium Pacaembu Sao Paulo, Brazil.