Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Faizal Tahir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Faizal Tahir ialah penyanyi lelaki Malaysia yang telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan atas sumbangannya dalam industri muzik. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai salah seorang ahli kumpulan nasyid, Mirwana sebelum meneruskan kerjaya muzik secara solo. Beliau mula meraih kejayaan setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million pada tahun 2006. Beliau menandatangani kontrak bersama Monkey Bone dan melancarkan album studio pertamanya, Aku.Muzik.Kamu (2007) yang didahului oleh single pertamanya, "Mahakarya Cinta", lagu yang dirakamkannya semasa pertandingan akhir One in a Million musim pertama. Menerusi lagu ini, Faizal telah memenangi Lagu Rock Pilihan di Anugerah Era 2007, manakala untuk album Aku.Muzik.Kamu, beliau memenangi tiga anugerah termasuk Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-15, manakala lagu "Sampai Syurga" nyanyian beliau telah memenangi tiga kategori termasuk Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-23.
Faizal semasa raptai Anugerah Juara Lagu ke-23 (2009) | ||
Anugerah | Menang | Nominasi |
---|---|---|
|
2 | 0 |
1 | 9 | |
1 | 1 | |
9 | 16 | |
8 | 6 | |
2 | 4 | |
|
0 | 1 |
|
0 | 1 |
7 | 17 | |
Jumlah | ||
Anugerah dimenangi | 41 | |
Pencalonan | 61 |
Album kedua Faizal, Adrenalin (2010) mempertaruhkan single seperti "Bencinta", "Selamat Malam" dan "Hanyut". Album ini melayakkan Faizal memenangi kategori Album Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17. Lagu "Bencinta" nyanyian beliau memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-24, sementara lagu "Karma" memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-26. Beliau juga dinobatkan Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23. Lagu "Assalamualaikum" mendapat tontonan sebanyak 1.5 juta di YouTube dan memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2015 yang berlangsung di Singapura. Beliau juga menerima tujuh pencalonan dalam lima kategori di Anugerah Planet Muzik 2016. Beliau juga tercalon untuk kategori Best South East Asia Act di MTV Europe Music Award antara tahun 2015 dan 2017, namun tidak memenanginya.[1]