Senarai karya Amir Hamzah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengarang Indonesia Amir Hamzah (1911-1946) menulis 50 puisi, 18 buah prosa lirik, 12 artikel, 4 cerpen, 3 koleksi puisi, dan 1 buku asal. Beliau juga menterjemahkan 44 puisi, 1 keping prosa lirik, dan 1 buku. Majoriti puisi asli Amir adalah termasuk dalam koleksinya Njanji Soenji (1937) dan Boeah Rindoe (1941), kedua-duanya mula diterbitkan dalam majalah sastera Poedjangga Baroe. Puisi diterjemahkan beliau telah dikumpulkan dalam Setanggi Timoer (1939). Pada tahun 1962, pakar dokumentari HB Jassin kumpulkan kesemua baki kerja-kerja Amir - kecuali buku Sastera Melajoe Lama dan Radja-Radja'nja - sebagai Amir Hamzah: Radja Penjair Pudjangga Baru[1]
Amir Hamzah | ||
Penulisan | ||
---|---|---|
↙Buku | 1 | |
↙Rencana | 12 | |
↙Cerita | 4 | |
↙Kumpulan-kumpulan puisi | 3 | |
↙Puisi-puisi asli | 50 | |
↙Puisi-puisi yang diterjemah | 44 | |
↙Puisi prosa asli | 18 | |
↙Puisi prosa yang diterjemah | 1 |
Dilahirkan di Langkat anak keluarga bangsawan Melayu, Amir menghabiskan pendidikannya di sekolah-sekolah kendalian Belanda di beberapa kota di Sumatera dan pulau Jawa.[2] Menjelang tahun 1928 beliau memasuki sekolah Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (sekolah menengah rendah) di ibu kota kolonial, Betawi (sekarang Jakarta); Beliau menulis puisi pertama pada waktu ini.[3] Karya-karya beliau yang pertamanya diterbitkan, kumpulan puisi berjudul "Maboek..." dan "Soenji", diterbitkan dalam majalah Timboel edisi Mac 1932; pada pengujung tahun beliau telah menerbitkan cerita-cerita pendek (cerpen) dan puisi prosa, separuh dalam Timboel dan separuh dalam majalah Pandji Poestaka.[4]
Satu daripada karya ini, sekumpulan puisi prosa berjudul "Poedjangga Baroe", bertujuan untuk menonjolkan majalah yang sama nama yang diasaskan Amir bersama-sama Armijn Pane dan Sutan Takdir Alisjahbana.[5] Majalah itu, yang kali pertamnya dikelaurkan pada bulan Julai 1933, menerbitkan kebanyakan penulisan Amir; kebanyakan karya ditulis sebelum tahun 1935 dan diterbitkan kemudian. Dipaksa pulang ke Langkat pada tahun 1937 dan berkahwin, Amir menjadi wakil kerajaan kebangsaan yang baharu wujud selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Pada tahun berikutnya, Amir ditawan, diseksa, dan kemudiannya dibunuh semasa pemberontakan yang diketuai parti Komunis Indonesia;[2] penulisan terakhirnya, sebuah cebisan sastera daripada pusi tahun 1941nya, "Boeah Rindoe", kemudiannya diketemui di dalam bilik kurungannya.[6]
Puisi-puisi awal beliau mengikut resam pantun tradisional, termasuk rangkap empat baris dan kuplet berima.[7] Karya-karya terkemudian menyimpang daripada binaan tradisional ini walaupun Jassin manganggap Amir masih mengekalkan gaya yang terang-terang gaya penulisan Melayu.[8] Tema-tema karyanya bercampur: Boeah Rindoe, mengikut kronologi himpunan pertama yang ditulis, dipenuhi perasaan kerinduan dan kehilangan, sementara karya-karya dalam Njanji Soenji cenderung terhadap keagamaan.[9] Amir mendapat pengiktirafan luas baut puisi-puisinya; Jassin memberinya gelaran "Raja pemuisi era Poedjangga Baroe",[10] sementara sarjana sastera Indonesia berbangsa Belanda, A. Teeuw menggambarkan Amir sebagai satu-satunya pemuisi Indonesia sebelum Revolusi Nasional Indonesia yang berkelas antarabangsa.[11]
Senarai berikut dibahagikan ke dalam jadual mengikut jenis karya. Jadual ini disusun mengikut abjad mahukan ia juga dapat diisih. Judul mengikut ejaan asal. Karya-karya yang tidak berjudul dicatatkan dalam kurungan. Tahun-tahun diberikan mengikut penerbitan pertama. Melainkan dinyatakan sebaliknya, senarai ini berlandaskan senarai yang disusun Jassin (1962, pp. 211–219).