Siti Nurhaliza (album 1996)
Album Sulung Siti Nurhaliza / From Wikipedia, the free encyclopedia
Siti Nurhaliza[4] ialah album studio oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza[5][6] selepas menjuarai Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995,[7] terbitan Suria Records. Adnan Abu Hassan, seorang penggubah muzik terkenal di Malaysia, berperanan sebagai penerbit album. Album ini dilancarkan pada 1 April 1996[6][8][9] dengan menggunakan nama Siti sebagai judul album. Album ini diisi lagu-lagu bergenre pop dan balada, termasuk "Jerat Percintaan" yang menjuarai Anugerah Juara Lagu TV3 pada tahun yang sama. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.[10]
Siti Nurhaliza | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1 April 1996[1] | |||
Dirakamkan pada | Jun 1995 - Februari 1996 [2] | |||
Genre | Pop, balada, slow rock | |||
Panjang | 47:01 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penerbit | Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki, Peter Fam | |||
Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Single daripada Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Penarafan profesional | |
---|---|
Markah ulasan | |
Sumber | Taraf |
Discogs | [3] |
Beliau memenangi anugerah itu semasa penyertaan pertamanya ke Anugerah Juara Lagu dengan menewaskan Ziana Zain dan Fauziah Latiff.[11][7]
Album ini merupakan salah satu daripada enam album Siti dengan kolaborasi bersama Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan 7 lagu dalam album ini.