Syngman Rhee
From Wikipedia, the free encyclopedia
Syngman Rhee (Korea: 리승만code: ko is deprecated , disebut: [i.sɯŋ.man]; 18 April 1875 – 19 Julai 1965) ialah seorang negarawan Korea Selatan, satu-satunya Ketua Kerajaan Sementara Republik Korea serta Presiden negara tersebut yang pertama dari 1948 hingga 1960. Jawatannya sebagai Presiden Korea Selatan selama tiga penggal (Ogos 1948 hingga April 1960) begitu dipengaruhi oleh ketegangan yang berlaku di Semenanjung Korea akibat Perang Dingin.
Syngman Rhee | |
---|---|
리승만 | |
Presiden Korea Selatan Pertama | |
Naib Presiden | Yi Si-yeong Kim Seong-su Ham Tae-young Chang Myon Yun Posun |
Didahului oleh | Dirinya sendiri sebagai Pengerusi Majlis Negara Kerajaan Sementara Republik Korea |
Digantikan oleh | Yun Posun |
Presiden Kerajaan Sementara Republik Korea | |
Perdana Menteri | Yi Donghwi Yi Dongnyeong Sin Gyu-sik No Baek-rin Park Eunsik |
Didahului oleh | Jawatan dibentuk |
Digantikan oleh | Park Eunsik |
Pengerusi Majlis Negara Kerajaan Sementara Republik Korea | |
Timbalan | Kim Koo |
Didahului oleh | Kim Koo |
Digantikan oleh | Dirinya sendiri sebagai Presiden Korea Selatan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rhee Syngman 18 April 1875 Neungnae-dong, Daegyeong-ri, Masan-myeon, Daerah Pyeongsan, Provinsi Hwanghae, Joseon (kini Korea Utara) |
Meninggal dunia | 19 Julai 1965(1965-07-19) (usia 90) Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat |
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Negara Seoul |
Kerakyatan | Joseon (1875-1910) Jajahan Jepun Korea (1910-1945) Korea Selatan (1945-1965), Amerika Syarikat, Austria |
Parti politik | Parti Liberal |
Pasangan | Seungseon Park (1890~1910) Francesca Donner (1934~1965)[1] |
Anak-anak | Rhee Bong-su, 이봉수 (1898 - 1908) Rhee In-soo / Yi In-su, 이인수 (lahir 1 September 1931, anak angkat) |
Alma mater | Universiti George Washington (B.A.) Harvard University (M.A.) Universiti Princeton (Ph.D.) |
Tandatangan |
Rhee dianggap berfahaman anti-Komunis dan kapitalis yang kuat, dan beliau mengetuai Korea Selatan sewaktu berlangsungnya Perang Korea. Presiden berakhir dalam pengunduran diri berikutan tunjuk perasaan besar-besaran mengenai suatu pilihanraya yang begitu dipertikaikan. Beliau meninggal dalam pengasingan di Honolulu, Hawaii.