The Post (filem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
The Post merupakan filem Amerika Syarikat tahun 2017 yang diarahkan dan diterbitkan oleh Steven Spielberg serta ditulis oleh Liz Hannah dan Josh Singer. Berlatar belakangkan awal tahun 1970-an, filem ini dibintangi oleh Meryl Streep, Tom Hanks, Sarah Paulson, Bob Odenkirk, Tracy Letts, Bradley Whitford, Bruce Greenwood, Carrie Coon, dan Matthew Rhys. The Post berkisarkan wartawan-wartawan dari The Washington Post dan The New York Times yang menyiarkan Pentagon Papers iaitu berkaitan penglibatan kerajaan Amerika Syarikat ketika Perang Vietnam.
The Post | |
---|---|
Pengarah | Steven Spielberg |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Janusz Kamiński |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | John Williams |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 116 minit[5] |
Negara | AS |
Bahasa | English |
Bajet | $50 juta[6] |
Pecah panggung | $3.8 juta[7] |
Pengambaran filem ini dilakukan di Bandar Raya New York pada Mei 2017. Ia telah ditayangkan di Newseum di Washington, D.C. pada 14 Disember 2017, dan disiarkan secara terhad di Amerika Syarikat pada 22 Disember 2017 sebelum diedarkan secara meluas pada 12 Januari 2018.
The Post menerima pujian dari para pengkritik filem terutama pujian terhadap lakonan Streep, Hanks dan Odenkirk.[8][9] Filem ini telah dipilih oleh National Board of Review sebagai filem terbaik bagi tahun 2017, manakala majalah Time dan American Film Institute menamakan filem ini sebagai salah satu daripada sepuluh filem terbaik tahun 2017. [10][11][12] Filem ini menerima enam pencalonan iaitu Filem Terbaik - Drama, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik - Drama (Streep), Pelakon Lelaki Terbaik - Drama (Hanks), Skrip Terbaik dan Skor Asal Terbaik di Anugerah Golden Globe ke-75.[13]