UEFA Euro 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2012, ataupun Euro 2012, merupakan temasya Kejohanan Bola Sepak Eropah ke-14 buat pasukan bola sepak kebangsaan yang dianjurkan oleh UEFA. Kejohanan akhir diadakan oleh negara Poland dan Ukraine mulai 8 Jun hingga 1 Julai 2012. Inilah kali pertama setiap negara ini menjadi tuan rumah temasya ini, setelah bidaan kedua-dua negara dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada tahun 2007.[1]
Mistrzostwa Europy w piłce nożnej 2012 (Polonès) Чемпіонат Європи з футболу 2012 (Ukraine) UEFA Euro 2012 Championship (Inggeris) | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara-negara tuan rumah | Poland Ukraine |
Tarikh | 8 Jun – 1 Julai |
Pasukan | 16 |
Tempat | 8 (di 8 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Sepanyol (Kejuaraan Ke-3) |
Naib Juara | Itali |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 31 |
Jaringan gol | 76 (2.45 per perlawanan) |
Kehadiran | 1,440,896 (46,481 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Fernando Torres Mario Mandžukić Mario Gómez Mario Balotelli Cristiano Ronaldo Alan Dzagoev (3 gol) |
← 2008 2016 → |
Kejohanan ini adalah yang terakhir yang menampilkan 16 buah negara, kerana mulai Euro 2016, terdapat 24 finalis. Kelayakan ditandingi oleh 51 negara pada Ogos 2010 hingga November 2011 untuk menyertai dua negara tuan rumah. Juara kejohanan ini mendapat kelayakan automatik ke Piala Konfederasi FIFA 2013 yang diadakan di Brazil.[2]
Dalam perlawanan akhir di Stadium Olimpik di Kiev, Ukraine, juara bertahan Sepanyol memenangi kejohanan ini dengan menewaskan Itali 4–0.[3] Sepanyol menjadi pasukan pertama berjaya mempertahankan Kejohanan Bola Sepak Eropah, dan pasukan kebangsaan Eropah pertama memenangi tiga kejohanan besar berturut-turut (UEFA Euro 2008, Piala Dunia FIFA 2010).[3]