Al Nassr FC
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelab Bola Sepak Al Nassr (Arab: نادي النصر السعوديcode: ar is deprecated ; Naṣr bermaksud "kemenangan") ialah sebuah kelab bola sepak Arab Saudi yang berpangkalan di Riyadh. Kelab ini ditubuhkan pada tarikh 24 Oktober 1955. Al Nassr bermain di gelanggang sendiri yaitu Taman Mrsool. Warna rumah dari kelab mereka ialah perpaduan kuning dan biru.
Nama penuh | Kelab Bola Sepak Al Nassr | ||
---|---|---|---|
Gelaran | Al-Aalami (Kelab Antarabangsa) Faris Najd (pahlawan Nejd) | ||
Diasaskan | 24 Oktober 1955; 68 tahun yang lalu (1955-10-24)[1] | ||
Stadium | Taman Mrsool (Kapasiti: 25,000) | ||
Presiden | Musalli Al-Muammar | ||
Ketua jurulatih | Rudi Garcia | ||
Liga | Liga Pro | ||
2023–24 | ke-6 | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
Musim semasa |
Al Nassr merupakan salah satu di antara kelab-kelab paling berjaya di Arab Saudi. Al Nassr merupakan salah satu dari empat kelab Liga Saudi (Al Hilal, Al Ahli, Al Ittihad, Al Nassr) yang 75% kepemilikannya dimiliki oleh Pelaburan Kerajaan Iakni PIF (Public Investment Fund). Al Nassr juga memiliki rekod anggaran 27 kejuaraan dalam semua pertandingan.[2]
Di peringkat domestik, kelab itu telah memenangi sembilan kejuaraan Liga Perdana, enam Piala Raja, tiga Piala Putera Mahkota, tiga Piala Persekutuan dua Piala Super Saudi, dan satu Piala Arab Club Champion Cup. Di peringkat antarabangsa, mereka telah memenangi dua Liga Juara-Juara GCC dan memperoleh sejarah, mencapai final AFC Champion League pada tahun 1995 dan pada tahun 1998 memenangi double asia kedua-dua kejohanan Piala Asia dan Piala Super Asia.