Ampersan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ampersan, juga dikenali sebagai tanda dan, merupakan logogram & yang mewakili kata hubung "dan". Ia berasal daripada gabungan dua huruf dalam perkataan et, iaitu "dan" dalam bahasa Latin.[1]
Menurut Geoffrey Glaister dalam Glossary of the Bookcode: en is deprecated , istilah ampersan (bahasa Inggeris: ampersandcode: en is deprecated ) timbul daripada kerancuan ungkapan and per se andcode: en is deprecated yang bermaskud "aksara 'dan' sendiri adalah (perkataan) 'dan'". Simbol & terbentuk daripada gabungan huruf et, iaitu "dan" dalam bahasa Latin.[2]
Dalam bahasa Inggeris apabila membacakan ejaan, terdapat tradisi yang mana sebarang huruf yang juga boleh digunakan sebagai perkataan sendiri ("A", "I", dan, "O") disebut dengan ungkapan Latin per secode: la is deprecated ('dengan sendirinya'), misalnya "per se A" atau "A per se A".[3][4][5] Begitu juga, aksara &, apabila digunakan dengan sendirinya berbanding dengan bentuk yang lebih lanjutan seperti &c., disebut and per se andcode: en is deprecated .[6][7] Lama-kelamaan frasa and per se andcode: en is deprecated ini secara tabii terubah menjadi istilah ampersandcode: en is deprecated lalu memasuki kosa kata am bmahasa Inggeris pada tahun 1837.[4][8][9]