Andriy Shevchenko
footballer / From Wikipedia, the free encyclopedia
Andriy Mykolayovych Shevchenko (Bahasa Ukraine: Андрій Миколайович Шевченко, Andrij Mykolajovyč Ševčenko, lahir 29 September 1976, Dvirkivschyna, Kiev Oblast) merupakan seorang pemain bola sepak Ukraine yang kini merupakan pengurus pasukan kebangsaan Ukraine.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Andriy Mykolayovych Shevchenko[1] | ||
Tarikh lahir | (1976-09-29) 29 September 1976 (umur 47)[2] | ||
Tempat lahir |
Dvirkivshchyna, RSS Ukraine, Kesatuan Soviet | ||
Ketinggian | 183 cm (6 ka 0 in)[3] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Ukraine (pengurus) | ||
Kerjaya remaja | |||
1986–1993 | Dynamo Kyiv | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1993–1996 | Dynamo-2 Kyiv | 51 | (16) |
1993–1999 | Dynamo Kyiv | 117 | (60) |
1999–2006 | Milan | 208 | (127) |
2006–2009 | Chelsea | 48 | (9) |
2008–2009 | → Milan (pinjam) | 18 | (0) |
2009–2012 | Dynamo Kyiv | 55 | (23) |
Jumlah | 497 | (235) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1994–1995 | Ukraine B19 | 8 | (5) |
1994–1995 | Ukraine B21 | 7 | (6) |
1995–2012 | Ukraine | 111 | (48) |
Pasukan diurus | |||
2016 | Ukraine (pembantu) | ||
2016– | Ukraine | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Shevchenko telah memulakan di dalam pasukan remaja di kelab Dynamo Kyiv dan kemudian telah permain untuk pasukan pertama. Beliau telah memenangi lima gelaran liga domestik lima tahun berturut-turut dari tahun 1994–99. Shevchenko telah bermain untuk A.C. Milan daripada 1999 hingga 2006, menjaringkan 127 gol dalam 208 kemunculan dan menjadi penjaring kedua terbanyak keseluruhan kelab. Beliau telah menyertai Chelsea dalam tahun 2006.
Shevchenko telah memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah 2004, dan telah dinamakan oleh Pelé sebagai salah seorang daripada 125 pemain bola sepak terbaik dalam tahun 2004. Beliau telah dinamakan sebagai penyerang bagi pasukan FIFPro Dunia XI 2005 , dan merupakan penjaring ketiga terbanyak Eropah keseluruhan di dalam pertandingan kelab Eropah dengan 60 gol, di belakang Filippo Inzaghi dan Gerd Müller.[4]