Anjing gembala Kangal[lower-alpha 1] atau hanya anjing Kangal[lower-alpha 2] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan besar tradisional Turki.[2] Baka ini dinamai sempena bandra dan daerah Kangal di Wilayah Sivas, iaitu wilayah paling timur di Kawasan Anatolia Tengah di Turki tengah. Warna lapis bulunya berbeza-beza antara perang kekuning-kuningan pudar dengan kelabu serigala, sentiasa dengan topeng hitam.
Fakta Segera Nama lain, Negara asal ...
Anjing gembala Kangal |
Nama lain | - Anjing Kangal
- Anjing Kangal Turki
- Anjing gembala Anatolia (dipertikaikan)[1]
|
---|
Negara asal | Turki |
---|
|
Berat |
Jantan |
48–60 kilogram (105–130 lb) |
---|
|
Betina |
40–50 kilogram (90–110 lb) |
---|
Tinggi |
Jantan |
70–80 sentimeter (28–31 in) |
---|
|
Betina |
63–75 sentimeter (25–30 in) |
---|
Bulu |
lapis bulu ganda tebal, padat, biasanya pendek, sepanjang 3–7 sentimeter (1–3 in) |
---|
Warna |
antara perang kekuning-kuningan dengan sabel serigala, dengan topeng hitam |
---|
|
|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tutup
Ia merupakan anjing penjaga kawanan ternakan tradisional yang dibela dengan kawanan biri-biri untuk mengusir serigala dan pemangsa lain. Sesetengah telah dieksport ke negara-negara Afrika seperti Namibia, Kenya, dan Tanzania, sehingga berjaya melindungi ternakan tempatan daripada citah, lalu menyumbang kepada pemuliharaan populasi citah terancam.