Antonio Vivaldi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Antonio Lucio Vivaldi [Itali: [anˈtɔːnjo ˈluːtʃo viˈvaldi] ( listen) (4 Mac 1678 – 28 Julai 1741) merupakan seorang penggubah lagu, paderi, dan pemain biola virtuoso (luar biasa hebatnya) bangsa Itali kelahiran Republik Venezia.
Antonio Vivaldi | |
---|---|
Kelahiran | (1678-03-04)4 Mac 1678 |
Meninggal dunia | 28 Julai 1741(1741-07-28) (umur 63) Vienna, Austria Habsburg |
Tempat ditanam | Karlskirche, TU Wien |
Pekerjaan | Pemuzik, penggubah lagu |
Tandatangan | |
Beliau banyak mengarang dan menggubah konserto khusus dimainkan dalam biola dan alat lain dalam kumpulan anak yatim Ospedale della Pietà diketuainya sebagai seorang paderi dan kakitangan di rumah tersebut dari 1703 hingga 1715 dan dari 1723 hingga 1740, beliau turut menggubah gita puja dan opera. Mahakarya paling terkenal beliau ialah himpunan konserto biola Le quattro stagioni.
Beliau dikenali sebagai salah seorang komposer Baroque teragung, dan pengaruhnya sepanjang hayatnya tersebar luas di Eropah. Namun, kemasyhurannya merudum selepas pemergiannya sehingga karya-karyanya ditemui semula awal abad ke-20.