Apink
From Wikipedia, the free encyclopedia
Apink (Korea: 에이핑크code: ko is deprecated , Jepun: エーピンクcode: ja is deprecated ; juga ditulis sebagai A Pink) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh IST Entertainment (sebelum ini dikenali sebagai A Cube Entertainment[1][2], Plan A Entertainment[3] dan Play M Entertainment[4]). Kumpulan ini debut pada 19 April 2011 dengan album mini pertama mereka Seven Springs of Apink. Kumpulan ini kini terdiri daripada lima orang ahli; Park Cho-rong, Yoon Bo-mi, Jung Eun-ji, Kim Nam-joo dan Oh Ha-young. Pada asalnya tujuh orang ahli, Hong Yoo-kyung meninggalkan kumpulan ini pada tahun 2013 dan Son Na-eun meninggalkan kumpulan ini pada tahun 2022.
Apink | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2011 (2011)–sekarang |
Syarikat rakaman |
|
Laman sesawang | planaent |
Ahli | |
Bekas ahli |
|
Sejak debut mereka, Apink telah memenangi anugerah di rancangan seperti Golden Disc Awards, Seoul Music Awards dan Mnet Asian Music Awards. Kemenangan program muzik pertama mereka adalah pada M Countdown pada 5 Januari 2012, untuk lagu "My My" daripada album mini kedua mereka Snow Pink. Sehingga kini, Apink telah mengeluarkan sepuluh album mini bahasa Korea, tiga album studio bahasa Korea dan tiga album studio bahasa Jepun.
Pada 29 April 2021, Play M Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa Naeun telah meninggalkan agensi itu selepas tamat kontrak eksklusifnya, manakala lima orang lagi ahli Apink telah memperbaharui kontrak mereka dengan agensi itu. Dia kekal sebagai ahli Apink sehingga 8 April 2022 sebelum menarik diri daripada kumpulan ini.