Apsis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Apsis ialah titik jarak terpanjang atau terpendek orbit bereliptikal sesuatu objek dari tumpuan tarikannya, iaitu lazimnya pusat jisim sistem.
Titik hampiran terdekat (titik di mana dua jasad adalah paling rapat dengan satu sama lain) dipanggil periapsis atau peripusat, dari perkataan Yunani περὶcode: grc is deprecated , peri yang bererti "keliling". Titik perjalanan terjauh pula dipanggil apoapsis (ἀπόcode: grc is deprecated , apó, "dari", yang menjadi ἀπ-code: grc is deprecated , ap- atau ἀφ-code: grc is deprecated , aph- masing-masing sebelum vokal tak berhembusan atau berhembusan), apopusat atau apapsis. Sebatang garis lurus yang dilakar melalui periapsis dan apoapsis dipanggil garis apsis. Inilah paksi major elips, iaitu garis yang melalui bahagian terpanjang dalam elips.
Istilah terbitan juga digunakan untuk mengenal pasti jasad yang diorbitkan, terutamanya perigi dan apogi, iaitu orbit-orbit di keliling Bumi (Yunani γῆcode: grc is deprecated , gê, "bumi"); dan perihelion dan aphelion, iaitu orbit-orbit di keliling Matahari (Yunani ἥλιοςcode: grc is deprecated , hēlios, "matahari"). Ketika program Apollo diusahakan, istilah-istilah perisintion dan aposintion digunakan untuk memaksudkan bulan.[1]