Aster (peluru berpandu)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Aster merupakan sebuah keluarga siri peluru berpandu permukaan ke udara pelancaran menegak buatan Itali/Perancis yang terdiri daripada Aster 15 dan Aster 30.[3] Nama "Aster" bermaksud "Aérospatiale Terminale" (syarikat Perancis Aérospatiale adalah kontraktor utama asal sebelum menjadi MBDA) dan nama dari pemanah lagenda Greek bernama Asterion (dalam mitos Greek),[[:]] Asterion pula mendapat namanya dari perkataan purba Greek aster (Yunani: ἀστήρcode: el is deprecated ), bermaksud "bintang". Aster dikeluarkan oleh Eurosam, sebuah konsortium Eropah yang terdiri daripada MBDA Perancis, MBDA Itali (gabungan 66%) dan Thales Group (33%).
Aster | |
---|---|
Jenis | Aster 15: peluru berpandu anti peluru berpandu dan anti pesawat jarak dekat/sederhana. Aster 30: peluru berpandu anti peluru berpandu dan anti pesawat jarak jauh. |
Tempat asal | Itali/Perancis |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 2001 |
Digunakan oleh | Lihat Pengguna |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | MBDA/Eurosam |
Spesifikasi | |
Berat | Aster 15: 310 kg[1] Aster 30: 450 kg[1] |
Panjang | Aster 15: 4.2 m[1] Aster 30: 4.9 m (16 ka 1 in)[1] |
Diameter | Aster 15: 180 mm (7.1 in) |
Warhead | 15 kg (33 lb 1 oz) directed fragmentation[2] |
Detonation mechanism | Hentaman terus atau dekat[1] |
Enjin | Roket dua tahap dengan bahan api pepejal |
Jarak operasi | Aster 15: 1.7–30+ km[1][3] Aster 30: 3–120 km (2–75 bt)[4][3][5] |
Altitud penerbangan | Aster 15: 0–13 km[1] Aster 30: 0–20 km (0–12 bt)[1] |
Kelajuan | Aster 15: Mach 3.5 (1,191 m/s)[6] Aster 30: Mach 4.5 (1,531 m/s)[1] |
Sistem pemanduan | |
Platform pelancaran |
|
Peluru berpandu ini direka untuk memintas dan memusnahkan sebahagian besar ancaman udara seperti peluru berpandu krus anti kapal supersonik pada aras rendah (mendakap laut)[7] dan terbang dengan laju, pesawat prestasi tinggi atau peluru berpandu.
Pengguna utama Aster adalah Itali, Perancis dan United Kingdom sebagai satu pelanggan eksport, dan sebuah komponen integrasi dalam sistem peluru berpandu pertahanan udara PAAMS, yang dikenali dalam Tentera Laut Diraja sebagai Sea Viper. Sebagai sebuah senjata utama dalam sistem PAAMS, Aster dipasang pada frigat kelas-Horizon dan pembinasa Type 45 Britain. Aster juga dipasang pada frigat pelbagai guna FREMM milik Itali dan Perancis, meskipun tidak menggunakan sut pertahanan udara PAAMS tetapi sut spesifik buatan Itali/Perancis.