Astro Awani
Saluran berita televisyen digital Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Astro Awani merupakan saluran berita televisyen berbayar 24 jam nombor satu dan terbesar di Malaysia yang dimiliki oleh Astro AWANI Network Sdn. Bhd dan dikendalikan oleh Astro. Ia mula bersiaran perdana majlis rasmi pelancaran secara langsung pada 6 September 2007 sempena sambutan 50 tahun Kemerdekaan Malaysia pada bersiaran di saluran 501 (dahulunya saluran 95 dan saluran 123). Pada tahun 2009, ia menggantikan Astro News yang ditamatkan siaran pada 1 Mac. Dengan slogan Saluran Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia, Astro Awani mempersembahkan berita terkini dan rancangan bermaklumat termasuk ehwal semasa, gaya hidup, dokumentari, rancangan temu bual serta majalah tempatan dan antarabangsa.[1] Saluran ini akan dinaik taraf kepada HD mulai 29 Mac 2021.
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran | Malaysia |
Slogan | Saluran Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia (sejak 6 September 2007) Gerbang Dunia Kita (2007 - 2010) Berita Segala Dimensi (2010 - 31 Disember 2016) Definisi Baharu Berita (1 Januari 2017 - 31 Disember 2017) |
Ibu pejabat |
|
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
Sejarah | |
Dilancarkan | 6 September 2007; 16 tahun yang lalu (2007-09-06) (SD) 29 Mac 2021; 3 tahun yang lalu (2021-03-29) (HD) |
Menggantikan | Astro News |
Ditutup | 28 Mac 2021; 3 tahun yang lalu (2021-03-28) (SD) (Untuk di platform Astro) 1 April 2022; 2 tahun yang lalu (2022-04-01) (HD) |
Pautan | |
Laman web | astroawani |
Ketersediaan | |
Satelit | |
Astro | Saluran 501 (HD) |
NJOI | Saluran 501 (HD) |
Media penstriman | |
Astro Awani | Tonton secara langsung |
YouTube | Tonton secara langsung |
Astro | Astro GO / On Demand / Sooka |
Baca di Google News | Dengar di Google Podcast |
Dengarkan secara langsung di Aplikasi SYOK | Dengarkan Awani di SYOK |
Astro Awani menduduki tangga pertama Jenama Berita Yang Paling Dipercayai di Malaysia berdasarkan Kajian Tahunan oleh Institut Kajian Berita Digital Reuters 2020, diikuti oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di tempat kedua dan The Star di tempat ketiga.[2]
Saluran ini bersiaran terus dari Bursa Malaysia, Bukit Kewangan, Kuala Lumpur. Tetapi sekarang Astro Awani bersiaran dari Bukit Jalil, seperti stesen televisyen lain di bawah Astro.