Atari 7800
From Wikipedia, the free encyclopedia
Atari 7800 ProSystem (dikenali juga dengan nama Atari 7800) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Atari Corporation pada tahun 1986. Konsol ini sepatutnya dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 1984 sebagai pengganti kepada konsol Atari 5200, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan penjualan syarikat Atari Inc. pada ketika itu[1].
Fakta Segera Pengilang, Jenis ...
Pengilang | Atari Inc., Atari Corporation |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi ketiga |
Ketersediaan runcit | Mei 1986 |
Media | Katrij ROM |
CPU | Atari SALLY 6502 ("6502C") berkelajuan 1.19-1.79MHz |
Tutup
Konsol ini juga merupakan konsol pertama yang dicipta Atari yang mempunyai kebolehan untuk memainkan permainan video dari konsol popular mereka iaitu Atari 2600[2].