Bahasa Armenia Barat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Armenia Barat (Ejaan Klasik: արեւմտահայերէն, arevmdahayerēn) ialah salah satu dari dua varian baku bahasa Armenia Moden, varian lain ialah Bahasa Armenia Timur. Bahasa ini berdasarkan pada dialek Istanbul, berbeza dengan bahasa Armenia Timur yang berdasarkan pada dialek Yerevan.
Armenia Barat | |
---|---|
արեւմտահայերէն arevmdahayerēn | |
Asli kepada | Dataran Tinggi Armenia, Lubnan, Turki, Syria |
Penutur bahasa | 1.4 (2001–2016) |
Indo-Eropah
| |
Abjad Armenia | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | hyw |
Glottolog | homs1234 |
Linguasphere | 57-AAA-aca to 57-AAA-act |
Peta dialek-dialek bahasa Armenia pada awal abad ke-20: bahasa Armenia Barat ditampilkan dalam warna kuning |
Sehingga awal abad ke-20, pelagai dialek Armenia Barat digunakan di Empayar Uthmaniyyah, terutama di bahagian timur yang dihuni oleh orang-orang Armenia. Dialek-dialek yang termasuk dalam bahasa Armenia Barat yang masih digunakan sehingga kini ialah Homshetsi, yang dituturkan oleh orang Hemshin di Turki;[1] Kessab, Latakia, dan Jisr al-Shughur di Syria; Anjar di Lubnan; dan Vakıflı di Turki.
Selain itu, terdapat juga dialek Karin yang dituturkan oleh beberapa ratus ribu orang di Armenia Utara, terutama di Gyumri, Artik, Akhuryan, dan sekitar 130 desa di Wilayah Shirak,[2] dan oleh orang Armenia di Wilayah Samtskhe-Javakhefi di Georgia.[3]
Oleh kerana ia merupakan bahasa diaspora dan tidak memiliki status rasmi di mana-mana negara, bahasa Armenia Barat di ambang kepupusan kerana penutur bahasa ibunda mulai kehilangan kefasihan berbahasa Armenia Barat akibat tuntutan untuk berasimilasi dengan negara tempat tinggal mereka. Dianggarkan, penutur yang fasih berbahasa Armenia Barat berjumlah kurang dari satu juta di luar Armenia dan Georgia.
Bahasa Armenia Timur dan Armenia Barat pada umumnya dapat difahami satu sama lain oleh orang-orang yang berpelajar, sementara mereka yang buta huruf sukar untuk memahami varian yang berbeza.