Bendera Buddha
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Buddha adalah bendera yang direka khas pada akhir abad ke-19 untuk melambangkan agama Buddha secara keseluruhannya.[1] Ia digunakan oleh umat Buddha di seluruh dunia.[1] Bendera ini direka pada 1885 oleh Jawatankuasa Kolombo, di Colombo, Sailan (Sri Lanka moden) sebelum dikibarkan pada hari Wesak tanggal 28 Mei 1885[1] di Dipaduttamarama, Kotahena - tarikh ini dilihat penting kerana ia merupaan hari cuti Vesak yang pertama di bawah pengiktirafan pihak British yang memerintah pada ketika itu.[2]
Enam jalur menegak bendera mewakili enam warna aura yang Siddartha Gautama Buddha percaya berasal dari tubuhnya sendiri ketika beliau mencapai tahap Pencerahan:[3][4]