Burung katib
From Wikipedia, the free encyclopedia
Burung katib (Arab: كاتِب, rumi: kātib, lit. 'penulis, setiausaha'code: ar is deprecated ,[3] bahasa Inggeris: secretary birdcode: en is deprecated ,[4] "burung setiausaha/sekretaris"; nama saintifik: Sagittarius serpentarius) ialah spesies burung pemangsa daratan besar yang biasanya terdapat di padang rumput terbuka dan savana kawasan pinggir Sahara benua Afrika. Spesies ini tergolong dalam keluarga Sagittariidae tersendiri dalam ordo Accipitriformes yang juga termasuk banyak burung pemangsa diurnal lain seperti burung helang dan burung nasar.
Burung katib | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Genus: | Sagittarius |
Spesies: | serpentarius |
Nama binomial | |
Sagittarius serpentarius (J. F. Miller, 1779) | |
Taburan asal dalam benua Afrika | |
Sinonim[2] | |
List
|
Burung ini dikenali dari penampilannya berhias bulu hitam di kepala serta cara pemangsaannya yang mencengkam dan memijak hentak mangsa diburu sehingga mati.
Spesies ini telah dikelaskan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi kerana jumlah populasi setempat yang ditinjauan mengalami penurunan mendadak barangkali akibat kemusnahan habitat; taburan sebanyak antara 6,700 hingga 67,000 ekor burung ini dianggarkan masih dapat ditemukan pada tahun 2016.[1]