CIMB
From Wikipedia, the free encyclopedia
CIMB Group Holdings Berhad (MYX: 1023) (Jawi: سي.اي.عيم.بي ݢروڤ هولديڠس برحدcode: ms is deprecated ) merupakan syarikat Perkhidmatan Kewangan salah satu terbesar di Asia tenggara yang disenaraikan dalam Bursa asia tenggara melalui Bumiputra-Commerce Holdings Berhad (BCHB). Pada tahun 2004, CIMB memulakan proses membina sebuah bank sejagat yang kuat dan berdaya saing dengan ditunjangi Commerce International Merchant Bankers (CIMB), bank pelaburan yang terbesar di kawasannya. Bank CIMB merupakan hasil gabungan Bank Bumiputra-Commerce dan Southern Bank dengan CIMB, bank pelaburan paling banyak anugerah di Indonesia. Ini mengakibatkan penciptaan bank sejagat yang pertama di Indonesia.
Nama dahulu | Bumiputra-Commerce Holdings Berhad |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Syarikat berkaitan kerajaan didagangkan awam |
Didagangkan sebagai | MYX: 1023 |
ISIN | MYL1023OO000 |
Industri | Perkhidmatan Kewangan |
Ditubuhkan | Januari 2006; 18 tahun yang lalu (2006-01) |
Ibu pejabat | Jakarta, Indonesia |
Tokoh penting | Mohd Nasir Ahmad, Pengerusi Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif |
Keluaran | Perbankan Pengguna Perbankan Korporat Perbankan Pelaburan Perbankan Islam Pengurusan Aset Insurans & Takaful |
Hasil | ▲ RM14.672 bilion (US$4.8 bilion) (2013)[1] |
Pendapatan bersih | ▲ RM4.54 bilion (US$1.38 bilion) (2013)[1] |
Jumlah aset | ▲RM508.2 bilion (US$125.1 bilion) (Sept 2014)[2] |
Bilangan kakitangan | 38,000[2] |
Syarikat induk | Khazanah Nasional |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
CIMB Group telah berkembang dari jumlah pekerja seramai 1,000 orang di Malaysia kepada 20,000 orang di 12 negara manakala pelaburan pasarannya telah meningkat dari RM6.3 bilion kepada RM33.0 bilion. Berdasarkan harga pasaran pada 13 Mei 2008, BCHB merupakan yang ketiga terbesar di belakang Public Bank dan Maybank. Jumlah aset Kumpulan pula bertambah dari RM14.7 bilion kepada RM155 bilion dengan tambahan RM18 bilion lagi yang merupakan dana pihak ketiga dalam pengurusan.
Di Indonesia, perniagaan perbankan CIMB ditawarkan melalui PT Bank Niaga yang merupakan bank yang ketujuh besar di Indonesia berdasarkan aset. Laporan semasa menunjukkan yang Khazanah Nasional (pemilik saham besar BCHB) akan menggabungkan PT Bank Niaga dengan PT Bank Lippo di bawah skop BCHB disebabkan pengenaan peraturan yang entiti tunggal tidak boleh memiliki lebih dari satu lesen perbankan pada masa yang sama.