Carl Hilpert
From Wikipedia, the free encyclopedia
Carl Hilpert (12 September 1888 – 1 Februari 1947) adalah seorang panglima perang Jerman semasa Perang Dunia II.
Carl Hilpert | |
---|---|
Kelahiran | 12 September 1888 |
Meninggal dunia | 1 Februari 1947(1947-02-01) (umur 58) Moscow, Soviet Union |
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Infantri |
Arahan | Kor XXIII Tentera Darat Ke-16 Kumpulan Tentera Darat Courland |
Anugerah | Knight Cross berserta Daun Oak |
Semasa peringkat akhir Perang Dunia II, Hilpert memerintah tentera Jerman yang dikepung oleh Tentera Merah dalam Kelompok Courland. Pada 7 Mei 1945, Karl Dönitz, dalam kapasitinya selaku ketua negara, mengarahkan Hilpert menyerahkalahkan Kumpulan Tentera Darat Courland. Hilpert merupakan panglima terakhir kumpulan tentera darat itu. Hilpert menyerah diri bersama staf peribadinya, dan tiga divisyen dari Kor XXXVIII kepada Marsyal Soviet Leonid Govorov. Hilpert menghantar mesej berikut kepada pasukannya:
Kepada semua jenis pangkat! Marsyal Govorod (sic) telah bersetuju dengan gencatan senjata yang bermula jam 14:00 pada 8 Mei. Pasukan akan diberitahu segera. Bendera putih akan di kibarkan. Panglima berharap arahan pelaksanaan dipatuhi, dimana nasib semua askar Courland dipertaruhkan.[1]
Beliau meninggal dunia dua tahun kemudian sebagai tawanan di Moscow pada 1 Februari 1947.