Daun terup
From Wikipedia, the free encyclopedia
Daun terup (Jawi: داءون تروڤcode: ms is deprecated , terup تروڤ pinjaman Belanda: troefcode: nl is deprecated serapan Perancis: triomphecode: fr is deprecated turunan Latin: triumphuscode: la is deprecated "kemenangan")[1] ialah kepingan keras nipis kertas atau plastik dihiasi motif berbeza-beza yang digunakan dalam set permainan daun terup (atau permainan kad). Daun terup biasanya sebesar tapak tangan agar senang dipegang.
Satu set daun terup yang lengkap dipanggil dek atau pek, manakala set daun terup yang dipegang oleh seseorang pemain ketika bermain dipanggil segenggam. Satu dek daun terup boleh digunakan untuk pelbagai permainan daun terup, termasuk sekali perjudian. Disebabkan daun terup ada standardnya dan juga mudah didapati di mana-mana, maka ada juga kegunaan lain seperti silap mata, penilikan, penyulitan mahupun untuk hiburan lain seperti dalam permainan papan atau menyusun "rumah" tinggi-tinggi.
Muka hadapan setiap daun terup ini membawa tanda-tanda atau rajah-rajah yang membezakan setiap kad dari yang lain dalam dek serta menentukan kegunaannya mengikut peraturan permainan yang dilangsungkan. Muka belakang kad pula sama bagi semua kad dalam mana-mana satu dek, biasanya berupa warna tunggal, reka bentuk yang tertentu ataupun iklan jenama. Selalunya, daun terup disusun menjadi dek, dan dikocok untuk mengubah urutannya secara rawak.