Ehud Olmert
ahli politik Israel / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ehud Olmert (Ibrani: אהוד אולמרטcode: he is deprecated ; ɛhud ˈolmeʁt, lahir pada 30 September 1945) merupakan Perdana Menteri Israel ke-12. Olmert menjadi Perdana Menteri Interim pada 14 April 2006[1] tetapi telahpun menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri Sementara sejak 4 Januari 2006 selepas Ariel Sharon menghidapi strok hemorragik yang teruk. Jawatannya sebagai ketua kerajaan ditentukan selepas pembentukan kerajaan ke-31 pada 4 Mei 2006.
Fakta Segera Perdana Menteri Israel ke-12, Timbalan ...
Ehud Olmert אהוד אולמרט | |
---|---|
Perdana Menteri Israel ke-12 | |
Memegang jawatan 4 Januari 2006 Sementara sehingga 14 April 2006, Interim hingga 4 Mei 2006 | |
Timbalan | Tzipi Livni |
Didahului oleh | Ariel Sharon |
Datuk Bandar Baitulmaqdis | |
Dalam jawatan 1993–2003 | |
Didahului oleh | Teddy Kollek |
Digantikan oleh | Uri Lupolianski |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1945-09-30) 30 September 1945 (umur 78) Binyamina, Palestin Bermandat |
Parti politik | Kadima |
Pasangan | Aliza Olmert |
|
Tutup
Sebelum ini Olmert ialah Timbalan Perdana Menteri Israel, Menteri Kewangan, Menteri Industri, Perdagangan, dan Buruh, dan Menteri yang bertanggungjawab untuk Pentadbiran Tanah Israel, dan juga Datuk Bandar Baitulmaqdis.[2]