Eropah taklukan Jerman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Eropah taklukan Jerman merujuk kepada negara-negara berdaulat Eropah yang diduduki sepenuhnya atau sebahagian dan diduduki secara awam (termasuk negara boneka) oleh angkatan tentera dan kerajaan Jerman Nazi di pelbagai masa antara tahun 1939 dan 1945, semasa dan sebelum Perang Dunia II, secara umum ditadbir oleh rejim Nazi, dibawah kediktatoran Adolf Hitler.[1] Wehrmacht Jerman menduduki benua Eropah bermula dari:
- sejauh timur ke bandar Mozdok di Kaukasus Utara di Kesatuan Soviet (1942–1943)
- sejauh utara ke desa Barentsburg di Svalbard di Kerajaan Norway
- sejauh selatan ke pulau Gavdos di Kerajaan Greece
- sejauh barat ke pulau Ushant di Republik Perancis
Diluar Eropah pula, tentera Jerman menguasai kawasan Afrika Utara di Mesir, Libya, dan Tunisia pada masa antara tahun 1940 dan 1945. Para saintis tentera Jerman mendirikan pangkalan stesen cuaca Schatzgräber di utara jauh ke Alexandra Land di Franz Josef Land – dikatakan sebahagian dari Asia. Stesen cuaca Jerman juga beroperasi di Amerika Utara (Greenland: Holzauge, Bassgeiger [de], Pangkalan Edelweiss [de]). Selain itu, kapal-kapal Kriegsmarine Jerman beroperasi di semua lautan dunia sepanjang peperangan.