Filemografi Kajol
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kajol ialah seorang pelakon wanita India yang dikenali menerusi karyanya di industri perfileman Bollywood. Beliau membuat penampilan sulung layar lebarnya dalam filem 1992 Bekhudi, yang mengalami kegagalan komersial.[1] Namun, beliau dikenali menerus filem thriler 1993 yang berjaya secara komersial Baazigar bersama Shah Rukh Khan.[2][3] Beliau membintangi filem 1994 Udhaar Ki Zindagi, yang mendapat pujian kritis baginya.[4] Ia diikuti dengan peranan dalam Yeh Dillagi bersama Akshay Kumar dan Saif Ali Khan. Kajol berlakon dalam lima filem pada 1995. Beliau muncul dalam filem thriler Karan Arjun, dan memegang watak Simran, seorang rakyat India perantauan dalam filem percintaan Aditya Chopra Dilwale Dulhania Le Jayenge,[5][6] keduanya sama-sama meraih kedudukan sebagai salah satu daripada filem Bollywood terlaris pada tahun tersebut,[7] dan kejayaan filem Dilwale Dulhania Le Jayenge mengukuhkan kerjayanya di Bollywood.[8] Pada tahun 2014, Dilwale Dulhania Le Jayenge ialah filem India dengan tempoh tayangan paling lama di pawagam.[lower-alpha 1] Selain itu pada 1995, beliau muncul dalam filem-filem yang gagal di pecah panggung Hulchul dan Gundaraj.[7][11] Satu-satunya penampilan layar lebarnya pada 1996 oalah dalam Bambai Ka Babu, yang mengalami kegagalan dari segi kewangan.[12]
Pada tahun 1997, Kajol muncul dalam filem Minsara Kanavu, filem Tamil pertamanya.[13] Beliau memegang watak seorang kekasih obsesif dalam filem misteri Gupt (1997), dan menjadi wanita pertama yang memenangi Anugerah Filmfare untuk Persembahan Terbaik dalam Peranan Negatif.[14][15] Kemudian pada 1997, beliau berlakon sebagai seorang gadis miskin dalam filem romantik Ishq,[16] yang menjadi kejayaan pecah panggung.[17] Pada tahun 1998, beliau menjayakan watak utama dalam tiga filem komedi romantkk, yang salah satunya menjadi filem Bollywood terlaris pada tahun tersebut — Pyaar Kiya To Darna Kya, Pyaar To Hona Hi Tha, dan Kuch Kuch Hota Hai.[18] Selain itu pada 1998, beliau menjayakan dua watak dalam filem drama Dushman. Pada tahun berikutnya, ia memerankan simpanan tokoh Ajay Devgan dalam Dil Kya Kare dan membintangi filem yang berjaya secara komersial Hum Aapke Dil Mein Rehte Hain.[19][20] Beliau kemudiannya membintangi filem Raju Chacha (2000) dan Kuch Khatti Kuch Meethi (2001), kedua-duanya gagal di pecah panggung.[12]
Kajol digandikan bersama Khan dalam filem melodrama Karan Johar Kabhi Khushi Kabhie Gham... (2001), yang menjadi filem Bollywood terlaris di luar negeri pada waktu itu.[21][22] Selepas lima tahun menghilang dari kerjaya filem, Kajol memegang watak seorang Kashmiri buta dalam filem thriler romantik Fanaa (2006).[23] Filem ini, yang berdasarkan pada keganasan, meraih kejayaan komersial.[24][25] Dua tahun kemudian, beliau muncul sebagai juri pencarian bakat untuk rancangan realiti tarian dan nyanyian di televisyen, Rock-N-Roll Family. Pada tahun berikutnya, beliau digandingkan bersama suaminya (Devgan) dalam filem komedi percintaan U Me Aur Hum (2008). Dalam filem ini, Kajol memegang watak pesakit Alzheimer.[26] Pada tahun 2010, beliau disatukan kembali dengan Khan dan Johar dalam filem drama My Name Is Khan, dimana beliau memegang watak seorang Hindu India-Amerika yang berkahwin seorang lelaki Muslim.[27] Untuk filem ini, beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk rekod kali kelimanya.[lower-alpha 2] Penampilan berikutnya dari tahun tersebut ialah dalam filem drama keluarga We Are Family, sebuah adaptasi dari filem Hollywood 1998 Stepmom.[29] Pada tahun 2015, selepas lima tahun, beliau kebali beraksi dalam filem Dilwale arahan Rohit Shetty, salah satu filem Bollywood terlaris sepanjang zaman.[30]