Frederick Douglass
From Wikipedia, the free encyclopedia
Frederick Douglass (nama lahir: Frederick Augustus Washington Bailey; s. Februari 1818[4] – 20 Februari 1895[5]) merupakan seorang pembaharu sosial, penulis, aktivis dan negarawan dari Amerika Syarikat. Selepas beliau menyelamatkan diri dari diperhambakan di Maryland, beliau menjadi seorang tokoh yang memimpin suatu mpergerakan penghapusan amalan tersebut pada tahap kebangsaan - terutamanya di negeri-negeri Massachusetts dan New York - melalui gaya pidato[6] dan penulisannya yang tajam.
Frederick Douglass | |
---|---|
Residen Duta Amerka Syarikat ke Haiti | |
Dalam jawatan 26 Jun 1889 – Julai 1891 | |
Presiden | Benjamin Harrison |
Didahului oleh | John E. W. Thompson |
Digantikan oleh | John Stephens Durham |
Butiran peribadi | |
Lahir | Frederick Augustus Washington Bailey s. Februari 1818[1] Cordova, Maryland, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | Februari 20, 1895 (berusia 77 tahun) Washington, D.C., A.S. |
Parti politik | Parti Republikan |
Pasangan | Anna Murray (k. 1838; meninggal 1882) Helen Pitts (k. 1884) |
Anak-anak | 5 |
Ibu bapa | Harriet Bailey (ibu)[2] Anthony Aaron (bapa, didakwa)[3] |
Pekerjaan | aktivis, penulis, editor, diplomat |
Tandatangan |
Beliau sangat memegang kuat kepada adanya hak sama rata ke atas semua manusia tidak mengira warna kulit (terutamanya dalam kalangan berketurunan hamba, asli atau imigran) jantina, keturunan mahupun asal-usul, bahkan beliau sangat berpegang teguh kepada perlembagaan Amerika Syarikat. Beliau turut bertekad dalam mewujudkan dialog dan hubungan kuat antara rakyat negara tersebut merentasi lapisan kaum dan fahaman politik atas pendirian bahawa beliau akan "bergabung dengan sesiapa sahaja untuk melakukan perkara baik serta berpisah jika perlu membuat perkara yang salah".[7]