Gjorge Ivanov
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ǵorge Ivanov, juga ditransliterasikan sebagai Gjorge (Macedonia: Ѓорге Ивановcode: mk is deprecated , pronounced [ˈɟɔrɡɛ ˈivanɔf]; lahir 2 Mei 1960) ialah Presiden Macedonia Utara yang keempat, memegang jawatan tersebut dari 2009 hingga 2019.
Fakta Segera Ǵorge Ivanov Ѓорге Иванов, Presiden Macedonia Utara ke-4 ...
Ǵorge Ivanov Ѓорге Иванов | |
---|---|
Presiden Macedonia Utara ke-4 | |
Dalam jawatan 12 Mei 2009 – 12 Mei 2019 | |
Perdana Menteri | Nikola Gruevski |
Didahului oleh | Branko Crvenkovski |
Digantikan oleh | Stevo Pendarovski |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1960-05-02) 2 Mei 1960 (umur 64) Valandovo, Yugoslavia (kini Macedonia Utara) |
Parti politik | Bebas VMRO-DPMNE (menyokong) |
Pasangan | Maja Ivanova |
Alma mater | Universiti Ss. Cyril dan Methodius |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | Tapak web rasmi |
Tutup
Ivanov menjadi presiden selepas memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden pada Mac - April 2009. Beliau mendapat 453,616 undi menewaskan calon SDSM, Ljubomir Frčkoski yang mendapat 264,828 undi.[1] Beliau dicalonkan oleh parti terkuat dalam parlimen Macedonia, VMRO-DPMNE, walaupun bukan anggota parti berkenaan.[2] Beliau mengekalkan jawatannya dalam pilihan raya presiden April 2014 apabila menewaskan calon SDSM, Stevo Pendarovski dengan 534,910 berbalas 398,077 undi dalam pusingan kedua.[3]