God Defend New Zealand
From Wikipedia, the free encyclopedia
God Defend New Zealand (Terjemahan: Tuhan pertahankan New Zealand) merupakan salah satu lagu kebangsaan New Zealand berserta God Save the Queen. Lagu ini juga digunakan di Kepulauan Cook.
Kebangsaan anthem New Zealand | |
Lirik | Thomas Bracken, 1870s |
---|---|
Muzik | John Joseph Woods, 1876 |
Diguna pakai | 1940 (him kebangsaan) 1977 (lagu kebangsaan) |
Sampel audio | |
God Defend New Zealand (instrumental)
| |
Lirik lagu ini pada asalnya ialah sebuah puisi ciptaan Thomas Bracken yang telah menulisnya pada tahun 1870an. Sebuah pertandingan mencipta lagu bagi puisi tersebut telah dijalankan pada tahun 1876. Pemenang pertandingan itu ialah John Joseph Woods yang menggubah melodi ia selama satu malam sahaja.
Lagu ini mempunyai lima rangkap tetapi hanya rangkap pertama (dan kadangkala kedua) dinyanyikan di majlis-majlis rasmi. Lagu ini boleh dinyanyikan baik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Maori, bahasa dituturi masyarakat peribumi New Zealand. Namun, lirik bahasa Maori yang menjadi lazim diketahui sejak tahun 1990-an.[1]