Gunnar Gren
From Wikipedia, the free encyclopedia
Johan Gunnar Gren (pronounced [ˈɡɵnːar ˈɡreːn]; 31 Oktober 1920 – 10 November 1991) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Sweden. Beliau dikenali secara meluas apabila menjadi pemain untuk kelab IFK Gothenburg dan A.C. Milan. Seorang pemain bola sepak yang kreatif, beliau turut dikenali dengan gaya permainan, visi, kemahiran menghantar bola serta merupakan sebahagian daripada trio "Gre-No-Li" di Milan dan pasukan kebangsaan Sweden. Beliau mampu beraksi sebagai seorang playmaker dan penggempur utama pasukan lawan.[1] Gren telah meraih beberapa pencapaian pasukan termasuklah pingat emas dalam Sukan Olimpik 1948, Guldbollen pada 1946 dan sebahagian daripada pasukan Sweden yang melangkah ke final Piala Dunia. Gren dianggap sebagai salah satu pemain bola sepak Sweden yang terhebat dan berprolifik. Sebuah tugu untuk mengabadikan kehebatan beliau telah didirikan di perkarangan stadium Gamla Ullevi.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Johan Gunnar Gren | ||
Tarikh lahir | 31 Oktober 1920 | ||
Tempat lahir | Gothenburg, Sweden | ||
Tarikh kematian | 10 November 1991(1991-11-10) (umur 71) | ||
Tempat kematian | Gothenburg, Sweden | ||
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 9 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang, pemain tengah menyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
Silverkällans IK | |||
BK Strix | |||
Lindholmens BK | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1937–1940 | Gårda BK | 54 | (16) |
1941–1949 | IFK Göteborg | 168 | (79) |
1949–1953 | Milan | 133 | (38) |
1953–1955 | Fiorentina | 55 | (5) |
1955–1956 | Genoa CFC | 29 | (2) |
1956–1957 | Örgryte IS | 4 | (0) |
1963–1964 | GAIS | 22 | (2) |
1976 | IK Oddevold | 1 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
1939–1956 | Sweden B | 2 | (0) |
1940–1958 | Sweden | 57 | (32) |
Pasukan diurus | |||
1952 | A.C. Milan | ||
1956–1959 | Örgryte IS | ||
1960 | IFK Göteborg | ||
1963–1964 | GAIS | ||
1965–1966 | IFK Värnamo | ||
1967 | Redbergslids IK | ||
1968–1969 | GAIS | ||
1970 | Skogens IF | ||
1973 | Fässbergs IF | ||
1976 | IK Oddevold | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |