Harlem
From Wikipedia, the free encyclopedia
Harlem ialah sebuah kawasan kejiranan besar di dalam bahagian utara daerah Manhattan Bandar Raya New York. Harlem dikenali sebagai pusat pendudukan, kebudayaan dan perniagaan orang kulit hitam Amerika-semenjak tahun 1920-an. Berasal sebagai sebuah kampung Belanda pada tahun 1658,[1] daerah ini dinamakan sempena kota Haarlem di negeri Belanda. Sejarah Harlem dikaitkan dengan kitaran kepesatan dan kemerosotan ekonomi (boom-and-bust), dengan diiringi pengalihan penduduk yang signifikan pada setiap kitaran.[2]