Hassanal Bolkiah
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, GCB, GCMG, (keputeraan 15 Julai 1946) merupakan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei ke-29 dan Perdana Menteri negara itu. Baginda ialah paduka anakanda pertama putera sulung kepada Sultan sebelumnya iaitu Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Selain sebagai sultan dan perdana menteri, baginda juga menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Antara sumbangan pribadi yang dapat dilihat ialah sepertri pendidikan perumahan negara,kurnia pribadi bersempena sambutan hari raya aidilfitri, pengagihan kurma sempena bulan ramadhan, dan beberapa pembinaan infrastruktur lain menerusi project jualan titah baginda.
Sultan dan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam ke-29 | |
---|---|
Memegang jawatan 5 Oktober 1967 | |
Timbalan | Al-Muhtadee Billah |
Didahului oleh | Omar Ali Saifuddien III |
Perdana Menteri Brunei Darussalam | |
Memegang jawatan 1 Januari 1984 | |
Timbalan | Al-Muhtadee Billah |
Didahului oleh | Jawatan Diwujudkan, dahulu dikenali sebagai Ketua Menteri |
Menteri Pertahanan
Ketua Komandan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei | |
Memegang jawatan 7 September 1986 | |
Didahului oleh | Omar Ali Saifuddien III |
Menteri Kewangan | |
Memegang jawatan 1 Januari 1984 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Menteri Hal Ehwal dan Dagangan Brunei | |
Memegang jawatan 22 Oktober 2015 | |
Didahului oleh | Mohamed Bolkiah |
Canselor Universiti Brunei Darussalam | |
Memegang jawatan 1984 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali | |
Memegang jawatan 2007 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Canselor Universiti Teknologi Brunei | |
Memegang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Hassanal Bolkiah Muiz'zaddin Wad'daulah (1946-07-15) 15 Julai 1946 (umur 77) Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei |
Pasangan |
|
Anak-anak | 1-Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
2-Mariam Abdul Aziz |
Ibu | Suri Seri Begawan Pengiran Anak Damit |
Bapa | Begawan Sultan, Omar Ali Saifuddien III |
Alma mater | Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom |
Nilai bersih | AS$20 bilion (2008)[1] |
Tandatangan |
Baginda ialah salah seorang daripada orang yang terkaya di dunia iaitu mempunyai harta lebih AS$200 bilion. Pada 5 Oktober 2017, baginda meraikan Sambutan Jubli Emas sempena baginda menaiki takhta kerajaan. Baginda juga pernah menyambut Sambutan Jubli Perak pada tahun 1992.[2] Pada 5 Oktober 2017, Sultan meraikan Jubli Emas untuk menandakan tahun ke-50 pemerintahannya di atas takhta.[3]