Hosni Mubarak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Muhammad Hosni Sayyid Mubarak[lower-alpha 1] (4 Mei 1928 – 25 Februari 2020) ialah Presiden Mesir ke-4 antara 1981 dan 2011.
Hosni Mubarak حسنى مبارك | |
---|---|
Presiden Mesir ke-4 | |
Dalam jawatan 14 Oktober 1981 – 11 Februari 2011 | |
Perdana Menteri | Ahmad Fuad Mohieddin Kamal Hassan Ali Ali Mahmoud Lutfi Atef Sedki Kamal Ganzouri Atef Ebeid Ahmed Nazif Ahmed Shafik |
Naib Presiden | Omar Suleiman |
Didahului oleh | Sufi Abu Taleb (Pemangku) |
Digantikan oleh | Mohamed Hussein Tantawi (Pemangku)[b] |
Perdana Menteri Mesir ke-50 | |
Dalam jawatan 7 Oktober 1981 – 2 Januari 1982 | |
Presiden | Sufi Abu Taleb (Pemangku) |
Didahului oleh | Anwar Sadat |
Digantikan oleh | Ahmad Fuad Mohieddin |
Naib Presiden Mesir ke-15 | |
Dalam jawatan 16 April 1975 – 14 Oktober 1981 | |
Presiden | Anwar Sadat |
Didahului oleh | Hussein el-Shafei |
Digantikan oleh | Omar Suleiman[a] |
Setiausaha NAM | |
Dalam jawatan 16 Julai 2009 – 11 Februari 2011 | |
Didahului oleh | Raúl Castro |
Digantikan oleh | Mohamed Hussein Tantawi |
Butiran peribadi | |
Lahir | Muhammad Hosni Sayyid Mubarak (1928-05-04)4 Mei 1928 Kafr-El Meselha, Mesir |
Meninggal dunia | 25 Februari 2020(2020-02-25) (umur 91) Kaherah, Mesir |
Parti politik | Parti Demokratik Nasional |
Pasangan | Suzanne Mubarak |
Anak-anak | Alaa Mubarak Gamal Mubarak |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Mesir |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Udara Mesir |
Pangkat | Ketua Marsyal Udara |
a. ↑ Jawatan kosong antara 14 Oktober 1981 dan 29 Januari 2011 b. ↑ sebagai Pengerusi Majlis Tertinggi Angkatan Tentera |
Sebelum menjadi Presiden, Mubarak merupakan seorang komander dalam Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat pada 1975, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981. Hosni Mubarak merupakan presiden paling lama memerintah Mesir sejak Muhammad Ali Pasha.[1]
Beliau mengundurkan diri sebagai presiden pada 11 Februari 2011 selepas tekanan dari demonstrasi besar-besaran selama 18 hari oleh rakyat Mesir semasa revolusi Mesir 2011.[2][3] Pada 13 April, seorang pendakwa mengarahkan bekas presiden itu dan dua anak lelakinya ditahan selama 15 hari untuk disoal siasat mengenai tuduhan menyogok dan menyalahgunakan kuasa.[4]