Hubei
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hubei (bantuan·maklumat) (Bahasa Cina: 湖北code: zh is deprecated ; pinyin: Húběi; Ejaan peta pos: Hupeh) ialah sebuah wilayah di kawasan pedalaman Republik Rakyat China. Singkatannya ialah 鄂code: zh is deprecated (pinyin: È), iaitu satu nama kuno yang berkaitan dengan bahagian timur wilayah ini sejak Dinasti Qin. Nama Hubei bermaksud "utara tasik", iaitu kedudukan Hubei di utara Tasik Dongting. Ibu wilayah Hubei ialah Wuhan.
Wilayah Hubei
湖北省code: zh is deprecated | |
---|---|
Transkripsi Nama | |
• Bahasa Cina | 湖北省code: zh is deprecated (Húběi Shěng) |
• Singkatan | HB / 鄂code: zh is deprecated (pinyin: È) |
Koordinat: 31°12′N 112°18′E | |
Ibu kota (dan bandar terbesar) | Wuhan |
Pembahagian pentadbiran | 13 prefektur, 102 daerah, 1235 bandar |
Pentadbiran | |
• Setiausaha (CPC) | Ying Yong |
• Gabenor | Wang Xiaodong |
Keluasan | |
• Jumlah | 185,900 km2 (71,800 batu persegi) |
• Pemeringkatan | ke-13 |
Aras tertinggi | 3,105 m (10,187 ft) |
Penduduk (2015)[3] | |
• Jumlah | 58,500,000 |
• Pemeringkatan | ke-9 |
• Kepadatan | 310/km2 (820/batu persegi) |
• Pemeringkatan | ke-12 |
Demografi | |
• Kumpulan Etnik | Han: 95.6% Tujia: 3.7% Miao: 0.4% |
• Bahasa dan dialek | Mandarin Barat Daya, Mandarin Jianghuai, Gan, Xiang |
Kod ISO 3166 | CN-HB |
KDNK (2017) | CNY 3.65 trilion USD 540.94 bilion [4] (ke-7) |
• per kapita | CNY 61,971 USD 9,179 (ke-11) |
HDI (2014) | 0.754[5] (tinggi) (ke-13) |
Laman sesawang | www (Tulisan Cina Ringkas) |
Hubei bersempadan dengan Henan di utara, Anhui di timur, Jiangxi di tenggara, Hunan di selatan, Chongqing di barat, dan Shaanxi di barat laut. Empangan Tiga Gaung yang terkenal terletak di Yichang, di bahagian barat Hubei, dan begitu juga Universiti Tiga Gaung.
Satu nama tidak rasmi yang popular untuk Hubei ialah Chu (Bahasa Cina: 楚code: zh is deprecated ; pinyin: Chǔ), bersempena Negara Chu perkasa yang pernah wujud di sini ketika Dinasti Zhou Timur.