Ikatan sigma
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam bidang kimia, ikatan sigma (ikatan σ) adalah jenis ikatan kovalen yang terkuat.[1] Ia dibentuk melalui penindihan secara berdepan antara orbital-orbital atom. Ikatan sigma paling jelas ditakrifkan untuk molekul dwiatom menggunakan bahasa dan peralatan kumpulan simetri. Dalam pendekatan formal ini, satu ikatan σ adalah simetri berhubung dengan putaran pada paksi ikatannya. Dengan takrifan ini, bentuk-bentuk biasa untuk ikatan sigma ialah s+s, pz+pz, s+pz dan dz2 (di mana z ialah paksi ikatan tersebut).[2] Teori kuantum juga mengatakan bahawa orbital molekul (MO) ikatan simetri sebenarnya bercampur. Kesan praktikal daripada pencampuran molekul dwiatom, fungsi gelombang orbital molekul s+s dan pz+pz menjadi bercampur. Takat pencampuran ini bergantung kepada tenaga relatif orbital molekul bersimetri serupa.
Untuk molekul homodwiatom, orbital σ terikat tidak mempunyai satah nod di antara kedua-dua atom yang terikat. Satu istilah yang lain, antipengikatan, atau orbital σ*, ditakrifkan oleh kewujudan satah-satah nod di antara kedua-dua atom yang terikat.
Ikatan sigma adalah jenis ikatan kovalen yang terkuat disebabkan oleh penindihan orbital secara terus, dan elektron-elektron di dalam ikatan ini kadang-kadang dipanggil elektron sigma.[3]
Simbol σ ialah huruf Yunani, sigma (s). Apabila dilihat dari paksi ikatan, orbital molekul σ kelihatan seperti orbital atom s.