Jon Ossoff
ahli politik Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Thomas Jonathan Ossoff (/ˈɒsɒf/ OSS-off; lahir 16 Februari 1987)[1][2] ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat.[3] Seorang ahli Parti Demokrat, Ossoff ialah Senator Amerika Syarikat dari Georgia, berkhidmat bersama Raphael Warnock. Sebelum pilihan raya, beliau ialah seorang ahli politik, penerbit filem dokumentari dan wartawan penyiasatan.
Jon Ossoff | |
---|---|
Senator Amerika Syarikat dari Georgia | |
Memegang jawatan 20 Januari 2021 Berkhidmat dengan Raphael Warnock | |
Didahului oleh | David Perdue |
Butiran peribadi | |
Lahir | Thomas Jonathan Ossoff (1987-02-16) 16 Februari 1987 (umur 37) Atlanta, Georgia, A.S. |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Alisha Kramer (k. 2017) |
Pendidikan | Georgetown University London School of Economics |
Laman web rasmi | Laman web Senat |
Beliau mengalahkan penyandang senator David Perdue dari parti Republikan.[4] Tidak ada calon yang mencapai nilai ambang 50% pada pilihan raya umum 3 November yang mencetuskan pilihan raya semula pada 5 Januari 2021.[5] Kemenangan Ossoff menjadikan beliau sebagai ahli termuda terkini yang dipilih ke Senat dengan Madison Cawthorn sebagai ahli termuda di Dewan Perwakilan dan Senator Yahudi pertama dipilih dari negeri-negeri selatan Amerika Syarikat sejak Benjamin F. Jonas dari Louisiana yang dipilih pada tahun 1879.[6]
Ossoff ialah calon Demokrat dalam pilihan raya khas 2017 untuk daerah kongres ke-6 Georgia, yang telah lama dianggap sebagai kubu kuat Republikan. Setelah menduduki tempat pertama, tetapi tanpa majoriti dalam pemilihan utama semua parti, beliau kalah di peringkat akhir dengan 48.2% undi kepada Karen Handel dengan 51.8% dari Republikan.