Kanang anak Langkau
From Wikipedia, the free encyclopedia
PW I Temenggong Datuk Kanang anak Langkau, SP, PGB, PGBK (Bersara) (2 Mac 1945 - 3 Januari 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau merupakan Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.
PW I Temenggong Datuk Kanang anak Langkau (Bujang Berani) SP, PGB, PPA, PPS, PJM; PGBK, PBS (Sarawak); 1918 GSM, 1962 GSM (United Kingdom) | |
---|---|
Kelahiran | (1945-03-02)2 Mac 1945[1] Julau, (sekarang di bawah Bahagian Sarikei), Sarawak, Malaysia |
Meninggal dunia | 3 Januari 2013(2013-01-03) (umur 67) Kuching, Sarawak, Malaysia |
Kesetiaan | United Kingdom (1962–1963) Malaysia |
Perkhidmatan |
|
Tahun perkhidmatan | 1962–1983 |
Pangkat | Pegawai Waran I |
Unit |
|
Arahan | Sarjan Mejar Rejimen 8 Renjer |
Pertempuran |
|
Anugerah |
|
Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun berkhidmat. Beliau mengakhiri perkhidmatannya sebagai Pegawai Waran 1.
Pada awal pagi 3 Januari 2013, beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumahnya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi.[2]