Kejohanan Remaja B-21 UEFA 2019
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejohanan Remaja B-21 UEFA 2019 akan menjadi edisi yang ke-22 Kejohanan Remaja B-21 UEFA (edisi ke-25 jika termasuk era bawah 23 tahun), sebuah kejohanan bola sepak belia antarabangsa dua tahun sekali yang dianjurkan oleh UEFA untuk pasukan lelaki bawah 21 tahun negara Eropah. Kejohanan akhir akan diadakan di Itali dan San Marino pada pertengahan 2019, selepas usaha mereka telah dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada 9 Disember 2016 di Nyon, Switzerland.[1][2]
Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara tuan rumah | Itali |
Tarikh | 16–30 Jun 2019 |
Pasukan | 12 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 6 (di 6 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Sepanyol (Kejuaraan Ke-5) |
Naib Juara | Jerman |
Separuh Akhir | Romania Perancis |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 21 |
Jaringan gol | 78 (3.71 per perlawanan) |
Kehadiran | 214,637 (10,221 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Luca Waldschmidt (7 gol) |
Pemain terbaik | Fabián Ruiz |
← 2017 2021 → |
Sebanyak 12 pasukan akan bermain dalam kejohanan itu, dengan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1996 layak untuk mengambil bahagian.[3]
Sama seperti Kejohanan Bawah 21 sebelumnya yang diadakan setahun sebelum Sukan Olimpik, kejohanan ini akan menjadi kelayakan Eropah untuk Bola sepak di Sukan Olimpik dengan pasukan teratas kejohanan ini (bilangan pasukan akan disahkan) layak ke kejohanan bola sepak lelaki Sukan Olimpik 2020, di mana mereka akan diwakili oleh pasukan bawah 23 tahun negara mereka dengan maksimum tiga pemain lebih usia dibenarkan.