Kereta kebal Type 94
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kereta kebal kecil Type 94 (Jepun: 九四式軽装甲車code: ja is deprecated , Kyūyon-shiki keisōkōsha, secara harafiannya "kereta berperisai ringan Type 94 ", juga dikenali sebagai TK iaitu ringkasan bagi "Tokushu Keninsha" yang bererti trektor khas [1]) merupakan kereta kebal kecil yang digunakan oleh Tentera Jepun Imperial semasa Perang China-Jepun Kedua, dalam Nomonhan menentang Soviet Union, dan semasa Perang Dunia Kedua. Sungguhpun kereta kebal kecil sering digunakan sebagai trektor amunisi, dan sokongan infantri awam, ia direka bagi tinjauan, dan bukannya bagi pertempuran langsung.[2] Type 94 yang ringan terbukti berkesan di China kerana Tentera Revolusi Kebangsaan China terdiri dari hanya tiga batalion kereta kebal untuk menentang mereka, dan kereta kebal tersebut hanya terdiri dari beberapa model eksport British dan kereta kebal kecil CV-33 Itali.[3] Sebagaimana dengan hampir kesemua kereta kebal kecil yang di bina pada 1920-an dan 1930-an, ia memiliki perisai nipis yang mampu ditembusi oleh tembakan mesingan .50 kaliber pada jarak 600 ela.[4]
Type 94 TK | |
---|---|
Tempat asal | Empayar Jepun |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Tentera Jepun Imperial Tentera Revolusi Kebangsaan Tentera Merah China |
Sejarah pengeluaran | |
Direka | 1932 |
Spesifikasi | |
Berat | 3.4 tonnes (3.75 tan) |
Panjang | 3.0 m (9 ka 10 in) |
Lebar | 1.6 m (5 ka 3 in) |
Tinggi | 1.6 m (5 ka 3 in) |
Krew | 2 (komander, pemandu) |
Armor | 12 mm (.47 in) |
Senjata pertama | 6.5mm mesingan Type 91 |
Senjata kedua | None |
Enjin | Mitsubishi Franklin sejukkan udara 4-lejang inline Petrol 32 hp (24 kW) |
Kuasa/berat | 9 hp/tonne |
Sistem ampaian | 2-wheel bogi |
Jarak operasi | 200 kilometer (162 batu) |
Kelajuan | 40 km/h (25 m/hr) |
Kereta kebal Type94 adalah kereta kebal serdahana yang paling luas digunakan oleh tentera Jepun semasa awal Perang Dunia II. Kereta kebal Type 94 adalah berasaskan reka bentuk lebih awal yang diperkenalkan pada tahun 1934, dan merupakan asas bagi kereta kebal ringan Type 95.
Kereta kebal Type 94 seberat 15 tan, dengan perisai setebal hanya 17 mm paling tebal. Kereta kebal ini dilapurkan mempunyai had laju maksima 28 batu sejam, walaupun kelajuan 20 batu sejam atau kurang adalah kebiasaan kerana kuasa rendahnya. Meriam 57-mm adalah senjata penyokong unit infantri yang bagus; bagaimanapun, tidak terdapat mesingan sepaksi — mesingan penara mengadap kebelakang penara. Tambahan lagi, terdapat mesingan pada badan kereta kebal.
Type 94 bagaimanapun membawa sejumlah besar peluru: 100 biji 57-mm dan 2,800 biji peluru mesingan. Ia amat sempit bagi lima orang anggotanya, dan penglihatan dari dalamnya kurang jelas. Tidak terdapat sebarang radio komunikasi dengan kenderaan lain. Komunikasi dilakukan dengan menggunakan bendera dan menjeritkan arahan. Jenis 94 mempunyai jarak tanpa pengisian minyak sejauh 100 batu.