Kilat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu.[1] Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah.[2][3] Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.[1]
Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik.[1][4]
Kilat juga menghasilkan medan magnetik dan sinar X.