Kilometer sejam
unit kelajuan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kilometer sejam adalah unit bagi kelajuan (skalar) dan halaju (vektor). Simbol bagi kilometer sejam ialah km/j ataupun km·j−1, namun adakalanya ia ditulis secara tidak formal sebagai ksj sebagaimana "bsj" bagi unit batu sejam.
- km/j dialihkan ke sini. Bagi rancangan televisyen terbitan RTM, sila rujuk rencana KM/J (rancangan TV).
Unit kilometer sejam digunakan secara meluas pada papan tanda had laju di jalan raya serta pada meter laju di papan pemuka kenderaan. Oleh itu, unit km/j lebih lazim digunakan dalam kehidupan seharian daripada unit SI bagi kelajuan, meter sesaat. Bersama-sama dengan kWj, km/j adalah unit metrik berasaskan jam yang paling lazim digunakan, yang mana merupakan "unit bukan SI yang diterima penggunaannya bersama-sama dengan Unit SI" oleh Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa.[1]