Kunci kroma
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kunci kroma (bahasa Inggeris: chroma keycode: en is deprecated ) merupakan teknik kesan visual/pasca-penerbitan untuk menyusun dua suapan imej atau video secara serentak bersama berdasarkan warna (julat kroma) menghilangkan latar depan dari subjek gambar atau video sambil latar belakang yang berjalan atau imej statik berasingan dimasukkan dalam adegan yang diingini. Warna hijau dan biru (green screen atau blue screen) lebih kerap digunakan kerana ciri warna-warna paling jelas dalam warna dari kebanyakan warna kulit manusia. Tiada bahagian subjek yang difilemkan atau difoto mungkin menduakan warna yang digunakan sebagai sandaran.[2]
Ia biasanya digunakan untuk siaran ramalan cuaca, di mana penyampai berita biasanya dilihat berdiri di hadapan peta CGI yang besar semasa siaran berita televisyen secara langsung, walaupun hakikatnya, ia merupakan latar belakang biru atau hijau yang besar. Apabila menggunakan skrin biru, peta cuaca yang berbeza ditambah pada bahagian imej di mana warna berwarna biru. Jika penyampai berita memakai pakaian biru, pakaiannya juga akan digantikan dengan video latar belakang. Kunci kroma juga menjadi kelaziman dalam industri hiburan untuk kesan visual dalam filem dan permainan video.