Lev Yashin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lev Ivanovich Yashin (Rusia: Лев Ива́нович Я́шинcode: ru is deprecated , 22 Oktober 1929 - 20 Mac 1990), gelaran diberi The Black Spider (Labah-labah hitam) atau The Black Panther ialah seorang penjaga gol Russia-Soviet, dianggap sebagai penjaga gol paling disegani di dalam sejarah permainan bola sepak[1]. Beliau terkenal dengan sifat kesukanan yang tinggi, kebal menjaga pintu gol serta tindakan refleksi yang cepat apabila menangkap bola[2].
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Lev Ivanovich Yashin | ||
Tarikh lahir | (1929-10-22)22 Oktober 1929 | ||
Tempat lahir | Moscow, Soviet Union | ||
Tarikh kematian | 20 Mac 1990(1990-03-20) (umur 60) | ||
Tempat kematian | Moscow, Soviet Union | ||
Ketinggian | 1.89 m (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1950–1970 | Dynamo Moscow | 326 | (1) |
Pasukan kebangsaan | |||
1954–1970 | Soviet Union | 78 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Yashin mewakili pasukan kebangsaan dalam empat kejohanan Piala Dunia FIFA pada tahun 1958 sehingga tahun 1970. Pada tahun 2002, beliau telah dipilih sebagai salah seorang pemain dalam pasukan pilihan FIFA yang terdiri daripada pemain-pemain yang terkenal sepanjang sejarah penganjuran Piala Dunia. Beliau juga dipilih sebagai pemain dalam pasukan pilihan abad ke-20. Sepanjang karier beliau, beliau menyelamatkan lebih daripada 150 sepakan penalti dan tidak bolos lebih dari 270 kali. Yashin juga pernah memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik musim panas dalam acara bola sepak serta Kejohanan Bola Sepak Eropah 1960[3]. Pada tahun 1963, beliau telah dinamakan sebagai pemain bola sepak Eropah tahunan, di mana beliau merupakan satu-satunya penjaga gol yang menerima anugerah ini[2]. Beliau juga telah dipilih sebagai penjaga gol terbaik abad ke-20 oleh IFFHS[4].