![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/35/Tux.svg/langms-640px-Tux.svg.png&w=640&q=50)
Linux
From Wikipedia, the free encyclopedia
Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan sistem pengendalian. Contoh-contoh perisian adalah seperti pelayan web, bahasa pengaturcaraan, pangkalan data, persekitaran desktop]] (seperti GNOME dan KDE), dan set pejabat seperti OpenOffice.org. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang merupakan perisian hak milik dan mula mencabar dominasi Microsoft Windows dalam sesetengah perkara.
![]() Tux si burung penguin, maskot inti Linux | |
Keadaan | Semasa |
---|---|
Keluaran terbaru | 5.7.7 (inti Linux) / 30 Jun 2020 |
Jenis Inti | Inti monolitik bermodul |
Lesen | Lesen Awam Am GNU dan lain-lain |
Laman rasmi | kernel |
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f5/Ubuntu_9.04_Jaunty_Jackalope.png/640px-Ubuntu_9.04_Jaunty_Jackalope.png)
Linux |
Sejarah |
Projek GNU • Inti Linux (sejarah • kemudahalihan dan seni bina disokong) • Kontroversi penamaan • SCO dan Linux • Windows dan Linux • Penerimaan • Hukum Linus • Tux |
Pengedaran |
Pengedaran Linux (senarai • perbandingan) • Format pakej Linux • LiveDistro (senarai • perbandingan) • Live USB • Mini Linux |
Aplikasi |
Pelayan • Atas meja • Terbenam • Permainan • Pelanggan nipis |
Linux menyokong sebahagian besar perkakasan komputer dan telah diguna di dalam pelbagai peralatan daripada komputer peribadi ke superkomputer dan sistem terbenam (seperti telefon bimbit dan perakam video peribadi Tivo).
Pada mulanya, ia dibangunkan dan digunakan oleh peminatnya sahaja. Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ia tidak bergantung kepada vendor (vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.