Louis Mountbatten
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laksamana Armada Louis Francis Albert Victor Nicholas Mountbatten, Earl Pertama Mountbatten dari Burma (lahir Putera Louis dari Battenberg; 25 Jun 1900 – 27 Ogos 1979), KG, GCB, OM, GCSI, GCIE, GCVO, DSO, PC, FRS[1], adalah seorang pegawai tentera laut British dan negarawan, pak cik kepada Putera Philip, Duke Edinburgh, dan sepupu kedua Elizabeth II. Semasa Perang Dunia II, beliau adalah Pemerintah Bersekutu Tertinggi, Markas Asia Tenggara (1943–46). Beliau merupakan Wizurai India (1947) yang terakhir dan Gabenor Jeneral pertama India merdeka (1947–48).
Earl Mountbatten Burma | |
---|---|
First Sea Lord | |
Dalam jawatan 18 April 1955 – 19 Oktober 1959 | |
Perdana Menteri | Anthony Eden Harold Macmillan |
Didahului oleh | Rhoderick McGrigor |
Digantikan oleh | Charles Lambe |
Gabenor Jeneral India | |
Dalam jawatan 15 Ogos 1947 – 21 Jun 1948 | |
Raja | George VI |
Perdana Menteri | Jawaharlal Nehru |
Didahului oleh | Diri sendiri (Wizurai India) |
Digantikan oleh | Chakravarti Rajagopalachari |
Wizurai India | |
Dalam jawatan 12 Februari 1947 – 15 Ogos 1947 | |
Raja | George VI |
Didahului oleh | The Viscount Wavell |
Digantikan oleh | Diri sendiri (Gabenor Jeneral India) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Louis Francis Albert Victor Nicholas (1900-06-25)25 Jun 1900 Frogmore House, Windsor, Berkshire, England |
Meninggal dunia | 27 Ogos 1979(1979-08-27) (umur 79) Mullaghmore, County Sligo, Ireland |
Sebab kematian | Pembunuhan |
Pasangan | Edwina Ashley (k. 1922; m. 1960) |
Anak-anak |
|
Ibu bapa |
|
Alma mater | Christ's College, Cambridge |
Profesion | Pegawai tentera laut |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Perkhidmatan/cawangan | Royal Navy |
Tahun perkhidmatan | 1913–65 |
Pangkat | Laksamana Armada |
Perkhidmatan | Ketua Turus Pertahanan (1959–65) First Sea Lord (1955–59) Armada Mediterranean (1952–54) Fourth Sea Lord (1950–52) Pemerintah Bersekutu Tertinggi, Markas Asia Tenggara (1943–46) Ketua Operasi Gabungan (1941–43) HMS Illustrious (1941) HMS Kelly (1939–41) HMS Wishart (1934–36) HMS Daring (1934) |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight of the Garter Knight Grand Cross of the Order of the Bath Member of the Order of Merit Knight Grand Commander of the Order of the Star of India Knight Grand Commander of the Order of the Indian Empire Knight Grand Cross of the Royal Victorian Order Distinguished Service Order Dipuji Dalam Perutusan |
Dari tahun 1954 hingga 1959 beliau menjadi First Sea Lord, iaitu jawatan yang telah disandang oleh bapanya, Putera Louis Battenberg, empat puluh tahun yang lalu. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Ketua Turus Pertahanan sehingga tahun 1965, menjadikannya ketua profesional paling lama berkhidmat dalam Angkatan Tentera British setakat ini. Semasa tempoh itu Mountbatten juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO selama setahun.
Pada tahun 1979, Mountbatten dan cucunya Nicholas, serta dua yang lain telah dibunuh oleh Tentera Republikan Sementara Ireland (IRA), yang telah meletakkan bom didalam bot memancingnya, Shadow V, di Mullaghmore, County Sligo, Ireland.