Marek Edelman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Marek Edelman (Bahasa Yiddish: מאַרעק עדעלמאַןcode: yi is deprecated ; 1919/1922 – 2 Oktober 2009) seorang ahli doktor jantung dan aktivis Poland. Beliau menganggotai Serikat Buruh Yahudi Umum yang memperjuangkan hak pekerja Yahudi senegaranya. Sejurus Schutzstaffel Jerman yang menakluk banyak kawasan Poland melaksanakan Langkah Besar (Grossaktion) yang menahan semua orang Yahudi Warsaw untuk disinggahkan di Perumahan Warsaw sebelum menuju ke Treblinka; beliau menubuhkan bersama Pertubuhan Juangan Yahudi yang terlibat dalam Pemberontakan Ghetto Warsaw dan Kebangkitan Warsaw menentang pihak Nazi.[5]
Marek Edelman מאַרעק עדעלמאַן | |
---|---|
Kelahiran | 1919 or 1922 mungkin Homel, Republik Rakyat Ukraine[1] atau Warsaw, Poland[2] |
Meninggal dunia | Oktober 2, 2009 (90 atau 87) Warsaw, Poland |
Disemadikan | Tanah Perkuburan Yahudi Warsaw |
Kesetiaan | Serikat Buruh Yahudi Umum Pertubuhan Juangan Yahudi Tentera Rakyat Poland |
Tahun perkhidmatan | 1942–1944 |
Pangkat | Naib komander (ŻOB) |
Pertempuran | Perang Dunia Kedua
|
Anugerah | Légion d'honneur[3][4] Darjah Helang Putih[3] Universiti Yale, jiazah hormat[3] |
Beliau menelaah pengajian perubatan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua menjadi seorang pakar jantung. Beliau turut melibatkan diri dalam banyak pertubuhan menentang pemerintahan komunis Republik Rakyat Poland termasuk Solidarność[6] serta mengarang banyak buku mengenai sejarah penentangan Nazi orang Poland.[7]
Tidak seperti banyak orang Yahudi Warsawa yang terlibat dalam Kebangkitan Warsawa yang terkesan dengan pembunuhan ramai ahli keluarga mereka sehingga memilih "berangkat" ke Palestin menduduki petempatan Israel sana, Marek kuat menentang fahaman Zionisme apatah lagi meragui ketahanan rancangan pembentukan negara itu[8][9][10][11] yang dilihat mengkhianati semangat perjuangan membela diri bangsa mereka selain bersimpati dengan nasib orang Palestin,[12][13] beliau sendiri enggan menerima tawaran berhijrah bahkan menyimpan kewarganegaraan Poland beliau mengguris hati keturunan rakan seperjuangannya yang Zionis.[14][15]